Ahli UMNO sertai himpunan ‘Turun Anwar’ akan disiasat: Mat Maslan

July 26, 2025 · Politik

Siasatan akan dijalankan UMNO bagi mengenal pasti jika terdapat ahlinya yang menyertai dan terlibat dalam perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang diadakan di ibu negara pada Sabtu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ahmad Maslan berkata siasatan akan dijalankan bagi melihat bukti dan kesahihan jika terdapat ahli parti itu terlibat dalam himpunan yang dianjurkan pembangkang itu.

“Saya kena semak balik dan tentunya Pejabat UMNO akan meneliti serta membuat apa-apa keputusan. Kita tunggu laporan,” katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai hari ini.

Beliau memberi contoh bagaimana maklumat awal yang tersebar berkait insiden kemalangan membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik yang kononnya berpunca daripada jalan berlubang dan tayar pecah, akhirnya terbukti tidak benar selepas siasatan lanjut dilakukan.

“Sama juga dalam hal ini. Kita kena pastikan (sama ada ada atau tidak orang UMNO terlibat). Tidak boleh buat keputusan tanpa semakan,” ujarnya.

Mengulas mengenai perhimpunan tersebut, Timbalan Menteri Kerja Raya itu menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim kini berada dalam keadaan stabil dengan sokongan majoriti 153 ahli Parlimen – jumlah terbesar sejak era Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.

“Kalau sokongan setakat 113 kerusi, mungkin orang boleh persoal, tetapi ini 153. Kalau 10 orang lari pun masih ada 143. Jadi apa sebab perlu turunkan Perdana Menteri? Sokongan kuat, ekonomi pun sedang menunjukkan perkembangan yang baik,” katanya.

Beliau menyifatkan tindakan mengadakan perhimpunan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri hanya mencalarkan imej negara di peringkat antarabangsa, seolah-olah Malaysia sedang bergolak.

“Bukannya Perdana Menteri tidak berbuat sesuatu. Beliau sudah pun melaksanakan banyak perkara termasuk janji-janji dalam ucapannya untuk menurunkan harga minyak dan kadar tarif elektrik. Hanya ada satu dua sahajalah lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
1 jam lalu· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu· Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
21 jam lalu· Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
1 jam lalu · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
2 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
16 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok