Dr Muhamad Akmal Saleh.
Kehadiran Khairy Jamaluddin, di Menara Dato’ Onn selepas sekian lama dipecat parti mencuri tumpuan dalam program Rundingan Meja Bulat Nasional 1.0 (Rimbun 1.0) anjuran pergerakan sayap UMNO pada hari ini.
Khairy memuji keberanian Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, yang menjemput beliau ke program tersebut walaupun sudah tidak lagi menjadi ahli susulan pemecatan sebelum ini.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO kerana berani, atas dua sebab.
“Pertama, berani menghimpun dan anjur Rimbun 1.0. Orang lain tidak buat, tetapi Pemuda UMNO buat sebab cakna masa depan negara. Kedua, keberanian hari ini sebab jemput KJ ke sini,” kata Khairy.
Jemputan tersebut dibalas Akmal dengan menegaskanlangkah itu diambil demi masa depan parti.
“Berani jemput KJ sebab masa depan UMNO. Insya-Allah. Saya tak tahu lepas ni kena apa, ‘ban’ atau apa.
“Kalau kena ‘ban’, jemput saya ke Keluar Sekejap,” katanya sambil berseloroh.
Kenyataan Akmal itu dilihat menjawab persoalan ramai mengenai hasrat Khairy untuk kembali menyertai UMNO, yang sebelum ini didedahkan oleh sumber parti berikutan pertemuannya dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid telah menafikan sebarang tawaran secara rasmi dibuat kepada Khairy.
Kehadiran Khairy dan dialog terbuka ini mencetuskan tanda tanya tentang arah baru Pemuda UMNO dalam mendepani perubahan politik negara.
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
PRK Kinabatangan dan Lamag: Dua calon BN mendahului dalam kiraan undi
MIC bincang sertai PN dalam mesyuarat tergempar: Vigneswaran
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong