Akmal tawar persahabatan UMNO-PAS susulan kemelut politik di Perlis

December 28, 2025 · Politik

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, memberi bayangan wujudnya ruang baharu dalam hubungan politik antara UMNO dan PAS apabila menyatakan kesediaan untuk menukar persaingan kepada kerjasama.

Isyarat itu dizahirkan menerusi satu hantaran di Facebook yang dimuat naik kira-kira sejam selepas Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, memuat naik status berbaur sindiran terhadap Bersatu dengan mesej, “Kawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan.”

Menyahut kenyataan itu, Akmal membalas dengan tawaran untuk berbaik semula dengan PAS.

“Kawan makan kawan, kawan jadi lawan. Tetapi insya-Allah kita boleh usahakan lawan jadi kawan,” sambil menandakan nama Ahmad Fadhli dalam hantaran berkenaan.

Perkongsian itu pantas menarik perhatian kerana dilihat sebagai satu isyarat terbuka untuk merapatkan kembali hubungan UMNO dan PAS, khususnya dalam landskap politik semasa yang semakin tidak menentu.

Sebelum ini, Akmal yang juga ADUN Merlimau pernah mencadangkan agar Muafakat Nasional, platform kerjasama politik antara UMNO dan PAS yang pernah diwujudkan, dihidupkan semula.

Cadangan itu dibuat susulan perkembangan politik di Perlis apabila lapan ADUN, terdiri daripada lima wakil Bersatu dan tiga daripada PAS, dilaporkan menghantar akuan bersumpah kepada pihak istana kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Situasi tersebut dikatakan berpotensi mencetuskan pilihan raya kecil di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri.

Perkembangan terbaharu ini sekali gus mencetuskan perbincangan hangat mengenai hala tuju kerjasama politik pembangkang dan kemungkinan penyusunan semula pakatan sedia ada.

Berita berkaitan
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
5 jam lalu· Politik
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
6 jam lalu· Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
9 jam lalu· Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
9 jam lalu · Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
10 jam lalu · Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
10 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
11 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok