Amanah sasar bertanding 20 kerusi pada PRN Johor

June 9, 2026 · Politik

Parti Amanah menyasarkan sekurang-kurangnya 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijangka berlangsung nanti.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata parti itu berharap rundingan pengagihan kerusi dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dapat dimuktamadkan secepat mungkin bagi membolehkan persiapan pilihan raya digerakkan secara lebih tersusun.

Menurut beliau, cadangan jumlah kerusi yang diminta Amanah adalah seimbang dengan pembahagian yang lazim diamalkan dalam PH, dengan DAP kebiasaannya bertanding antara 14 hingga 16 kerusi manakala baki kerusi ditandingi PKR.

“Kita berharap perkara ini dapat dimuktamadkan segera kerana tarikh penamaan calon semakin hampir. Walaupun belum diumumkan secara rasmi, kita menjangkakan PRN Johor akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Pagi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama warga agensi itu di Kota Bharu hari ini.

Khalid menegaskan, PH memasuki PRN Johor bukan sekadar untuk menjadi blok pembangkang yang kuat, sebaliknya dengan matlamat meraih majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri.

“Pengagihan kerusi perlu diselesaikan segera kerana kita mahu memberi tumpuan penuh kepada usaha memenangkan PH. Sasaran kita bukan hanya menambah kerusi, tetapi membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Amanah telah mengarahkan seluruh jentera parti di Johor supaya memperkukuh organisasi dan meningkatkan aktiviti akar umbi bagi memperkukuhkan sokongan terhadap PH menjelang pilihan raya.

Menurutnya, sebagai komponen dalam gabungan itu, Amanah akan memainkan peranan aktif di semua peringkat jentera pilihan raya dan memberi komitmen untuk membantu kemenangan semua calon PH tanpa mengira parti yang diwakili.

“Tanggungjawab kita adalah memastikan kemenangan setiap calon PH, sama ada daripada Amanah, PKR mahupun DAP,” katanya.

Johor menjadi tumpuan politik susulan spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baharu.

Pada PRN Johor 2022, Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar dengan menguasai majoriti kerusi DUN, manakala PH dan Perikatan Nasional (PN) menjadi blok pembangkang di negeri itu.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu· Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026· Isu semasa
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok