Amaran Rafizi: SPRM berisiko terus jadi alat politik

April 23, 2026 · Politik

Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, memberi amaran kegagalan merombak struktur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh mengekalkan persepsi agensi itu sebagai alat politik, terutama apabila berlaku pertukaran kepimpinan negara.

Beliau berkata, sekiranya Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, terus dikekalkan tanpa reformasi institusi, situasi sama berpotensi berulang, termasuk kemungkinan siasatan disasarkan kepada pihak yang dilihat sebagai musuh politik pemerintah semasa.

“Jika dia mahu kekal dalam jawatan di bawah perdana menteri baharu, dia perlu menunjukkan kesetiaan dengan memburu musuh pemimpin tersebut.

“Dalam keadaan sekarang, apabila Anwar Ibrahim mempertahankannya, mereka terpaksa saling mempertahankan,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Rafizi, keadaan itu boleh mencetuskan kitaran berulang setiap kali berlaku pertukaran perdana menteri.

“Apabila bertukar kepimpinan, dia perlu sekali lagi membuktikan kesetiaan. Pemimpin baharu mungkin akan berkata, ‘kalau dulu kamu kejar aku, sekarang kamu kejar pula Anwar’,” ujarnya.

Kenyataan itu dibuat ketika isu integriti SPRM kembali menjadi perhatian susulan kontroversi melibatkan pegangan saham Azam serta dakwaan kaitan dengan pihak korporat tertentu.

Setakat ini, beberapa pihak termasuk pertubuhan sivil dan ahli politik pembangkang serta kerajaan menggesa penubuhan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Pada masa sama, sebuah gerakan masyarakat sivil yang dikenali sebagai Himpunan Tangkap Azam Baki merancang perhimpunan di Dataran Merdeka pada 25 April bagi mendesak peletakan jawatan beliau.

Gabungan itu, yang disokong puluhan NGO termasuk Bersih, mendakwa isu berkenaan masih belum dijelaskan secara menyeluruh oleh kerajaan.

Rafizi menegaskan, tuntutan tersebut bukan sekadar menyasarkan individu, sebaliknya melibatkan isu lebih besar berkaitan kebebasan institusi.

“Ini bukan tentang individu semata-mata. Kebimbangan utama adalah integriti dan kebebasan SPRM,” katanya.

Beliau menambah, selagi wujud hubungan rapat antara agensi penguatkuasaan, elit politik dan golongan korporat, risiko penyalahgunaan kuasa akan terus wujud.

“Perjuangan ini sama seperti gerakan reformasi sebelum ini — ia mengenai sistem yang bebas, adil dan telus,” katanya lagi.

Kontrak Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilanjutkan selama setahun sehingga Mei 2026, menjadikannya antara pelantikan semula yang berulang kali mendapat perhatian dan kritikan pelbagai pihak.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
13 jam lalu· Politik
MP Petaling Jaya undur diri dari kepimpinan pusat PKR
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
6 jam lalu · Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
12 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok