Aminuddin: Jangan heret institusi adat dalam kemelut politik UMNO

November 18, 2026 · Politik

Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak sepatutnya melibatkan institusi adat negeri itu kerana ia perlu dihormati dan tidak dijadikan medan menyelesaikan kepentingan politik mana-mana parti.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, tindakan UMNO mengumumkan peletakan jawatan Ismail Lasim sebagai Menteri Besar ketika proses menghadap Yang di-Pertuan Besar belum selesai menimbulkan persoalan mengenai adab dan tatacara yang sepatutnya dipatuhi.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, perkara berkaitan kedudukan Menteri Besar sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Besar bagi mendapatkan perkenan baginda sebelum sebarang pengumuman dibuat.

“Sepatutnya perkara paling penting bagi seorang ketua negeri adalah memaklumkan ataupun memberitahu serta menghadap Yang di-Pertuan Besar terlebih dahulu untuk mendapat perkenan baginda. Barulah perkara tersebut dibincangkan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Menurutnya, pengumuman peletakan jawatan itu juga boleh dibuat dengan lebih tertib bagi mengelakkan keadaan yang boleh mengaibkan pihak terlibat.

“Sebagai seorang yang dilantik menjadi Menteri Besar, sepatutnya dipanggil beliau dan buat sidang akhbar bersama supaya tidak mengaibkan sahabat kita tersebut,” katanya.

Aminuddin turut menyifatkan perkembangan politik yang berlaku secara mendadak itu sebagai sesuatu yang mengejutkan, terutama apabila kepimpinan UMNO di peringkat pusat dilihat mendahului proses yang sepatutnya berlaku di peringkat negeri.

Beliau mendakwa, tindakan berkenaan mencerminkan kelemahan komunikasi antara kepimpinan parti di peringkat pusat dengan negeri, sekali gus memberi kesan kepada kestabilan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.

“Kita tidak sangka ia berlaku sebegini cepat kerana kita sedia maklum dan nampak pada hari ini pihak UMNO di peringkat Persekutuan mendahului apa yang sepatutnya berlaku di peringkat negeri,” katanya.

Tambahnya, kepentingan politik di peringkat pusat tidak seharusnya mengatasi keperluan menjaga keharmonian pentadbiran negeri serta menghormati institusi adat.

“Inilah yang menyebabkan apa yang berlaku di Negeri Sembilan hari ini kerana pimpinan di peringkat pusat mempunyai agenda masing-masing berbanding di peringkat negeri. Akhirnya, perkara ini mengucar-ngacirkan pentadbiran kerajaan negeri yang ada pada hari ini,” katanya.

Kemelut politik Negeri Sembilan tercetus susulan perkembangan berkaitan kedudukan Ismail, apabila BN mengumumkan peletakan jawatannya ketika proses menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan masih menjadi perhatian.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai hubungan antara kepimpinan parti politik, pentadbiran kerajaan negeri dan peranan institusi adat dalam urusan berkaitan pelantikan serta kedudukan Menteri Besar.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
22 jam lalu · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok