AMK Sabah desak rombak Kabinet, nilai kedudukan menteri UMNO

November 11, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan rombakan Kabinet, termasuk menilai semula kedudukan menteri daripada UMNO sekiranya parti itu terus mengambil pendirian bercanggah dengan semangat dan hala tuju Kerajaan MADANI.

Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya menjadi platform untuk mana-mana parti menikmati kuasa dan jawatan, tetapi pada masa sama menyerang pentadbiran yang turut disokong mereka.

Menurutnya, perkembangan politik mutakhir menimbulkan persoalan mengenai kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya selepas beberapa pemimpin UMNO menggesa supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dipercepatkan pada September lalu.

Malah, Anwar pada 5 November lalu turut menegur pemimpin parti kerajaan yang menyerang pentadbiran ketika berkempen, sedangkan parti masing-masing mempunyai wakil dalam Kabinet.

“Kerajaan Perpaduan bukan tempat untuk menikmati kuasa dan jawatan, tetapi pada masa sama menyerang kerajaan sendiri demi kepentingan politik kepartian,” katanya dalam kenyataan.

Zaidi berkata, ketegangan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka turut memperlihatkan cabaran terhadap keutuhan kerjasama politik yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau bagaimanapun menghormati pendirian Presiden UMNO untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal, namun menegaskan kesetiaan kepada kerajaan perlu dibuktikan melalui tindakan dan bukannya sekadar kenyataan politik.

“Kita tidak menolak perbezaan pandangan, tetapi perbezaan itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melemahkan kerajaan yang didukung bersama,” katanya.

Menurutnya, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil, berprinsip dan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu kos sara hidup, infrastruktur, pendidikan serta pembangunan negara, khususnya di Sabah.

Justeru, AMK Sabah berpandangan Anwar tidak perlu teragak-agak melakukan rombakan Kabinet sekiranya langkah itu diperlukan untuk memperkukuh pentadbiran negara.

“Kepentingan rakyat mesti mengatasi kepentingan parti. Reformasi tidak boleh menjadi tebusan kepada percaturan politik mana-mana pihak.

“Jika tidak lagi sehaluan, berilah laluan. Negara memerlukan pemimpin yang bekerja, bukan sekadar mempertahankan kedudukan,” katanya.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
9 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
9 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
9 jam lalu· Politik
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
8 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
16 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
November 21, 2026 · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
November 21, 2026 · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok