AMK sifatkan kenyataan Pemuda UMNO sebagai ‘beremosi’

January 3, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mendesak parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan kononnya sudah melanggar ‘garis merah’ sebagai beremosi dan tidak berasas sama sekali.

Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata dakwaan Akmal mengatakan kerajaan tidak menjaga orang Melayu dan Islam dilihat sebagai bermain persepsi politik dan bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah memperlihatkan seolah-olah kefahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan dipermainkan demi kepentingan politik sempit.

“Sehingga hari ini, tidak ada satu pun pindaan perlembagaan, dasar kerajaan atau keputusan Parlimen yang menghakis kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan atau menafikan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Islam kekal sebagai agama Persekutuan, Mahkamah Syariah terus berfungsi, institusi Raja-Raja Melayu tidak disentuh dan dasar berkaitan Bumiputera masih dilaksanakan seperti biasa.

Justeru, AMK mempersoalkan dakwaan kononnya berlaku pencabulan terhadap ‘garis merah’ tersebut.

“Di bahagian mana sebenarnya Perlembagaan telah dicabul, atau istilah garis merah itu kini sekadar slogan kosong yang diulang demi kepentingan individu tertentu?” soalnya lagi.

Danish turut menyelar naratif yang dibawa Akmal mengatakan orang Melayu sedang ditindas, sambil menegaskan realiti sebenar rakyat hari ini adalah tekanan ekonomi yang dihadapi oleh golongan rentan tanpa mengira kaum.

“Lebih mengecewakan apabila Dr Akmal bercakap seolah-olah beliau juara pembela Melayu yang tertindas. Jika yang dimaksudkan itu adalah Najib Razak, seorang bekas Perdana Menteri yang disabitkan bersalah melalui proses undang-undang yang sah, maka jelas perjuangan ini bukan soal keadilan,” katanya.

Beliau menambah, tuduhan tanpa bukti hanya akan menanam rasa takut dan kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Rakyat hari ini semakin cerdas dan tahu membezakan antara pembelaan prinsip dan sandiwara politik,” ujarnya.

AMK turut menggesa Akmal kembali kepada semangat asal penubuhan Kerajaan Perpaduan yang menekankan kestabilan negara, kebersamaan dan penyelesaian masalah rakyat.

“Negara tidak akan bergerak ke hadapan jika sentimen agama dan kaum terus dijadikan senjata politik.

“AMK kekal komited mempertahankan Islam dan hak Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan, sambil menolak politik perkauman sempit yang merugikan masa depan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
April 15, 2026· Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026· Politik
Khaled: Tuduhan dibuat Mahathir isu lama
April 11, 2026· Politik
Peletakan jawatan Akmal sebagai Exco Melaka ditolak: Ab Rauf
April 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026 · Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026 · Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
3 jam lalu · Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
4 jam lalu · Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok