Azam Baki beri keterangan di Bukit Aman

June 3, 2026 · Isu semasa

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu bagi memberi keterangan berhubung dakwaan ugutan yang dibuat seorang ahli perniagaan, Albert Tei.

Azam berkata, beliau tiba di Bukit Aman sekitar jam 9 pagi sebelum proses rakaman percakapan dijalankan oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Saya memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan yang berlangsung kira-kira dua jam,” katanya dipetik laporan media.

Azam juga menafikan semua dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya dan menegaskan tidak pernah mengenali atau berurusan dengan Tei.

“Saya tidak pernah bertemu individu berkenaan, apatah lagi menjalankan sebarang urusan dengannya. Saya juga tidak pernah menghantar peguam untuk mewakili saya bertemu mana-mana pihak,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bukti berkaitan telah diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Isu berkenaan timbul selepas Teimembuat laporan polis pada 13 Mei lalu dengan mendakwa dirinya menerima ugutan.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Kumar sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan masih berjalan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

Azam menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mei lalu selepas menerajui agensi antirasuah itu sejak tahun 2020.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau sering menjadi perhatian umum susulan beberapa siasatan berprofil tinggi melibatkan tokoh politik dan korporat.

Berita berkaitan
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
2 jam lalu· Politik
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
October 28, 2026· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
2 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
2 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
16 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
16 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok