Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei

June 9, 2026 · Isu semasa

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki memfailkan saman fitnah terhadap Albert Tei di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin berhubung beberapa kenyataan yang didakwa mencemarkan reputasinya.

Menurut kenyataan firma guaman Zain Megat & Murad yang mewakili Azam, tindakan undang-undang itu difailkan susulan penerbitan dan penerbitan semula kenyataan berkaitan anak guam mereka menerusi podcast, YouTube Shorts serta beberapa platform dalam talian lain.

Dalam saman tersebut, Azam selaku plaintif menuntut ganti rugi selain perintah injunksi kekal bagi menghalang Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37, daripada terus menerbitkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.

Firma guaman itu menegaskan dakwaan yang dikaitkan dengan Azam adalah tidak benar dan tidak mempunyai asas.

“Anak guam kami telah memulakan prosiding ini bagi mempertahankan reputasi serta nama baiknya yang dibina sepanjang hampir empat dekad berkhidmat dalam sektor awam,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut firma berkenaan, tindakan saman itu juga bertujuan memastikan sebarang dakwaan yang disebarkan kepada umum dapat diuji melalui proses perundangan yang sewajarnya.

Sebelum ini, Albert mendakwa menjadi mangsa ugutan dan halangan ketika cuba mendedahkan skandal rasuah yang didakwa membabitkan beberapa ahli politik di Sabah.

Dakwaan itu dibuat menerusi beberapa platform media sosial dan kandungan dalam talian yang kemudiannya mendapat perhatian ramai.

Dalam perkembangan berkaitan, polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh Albert pada 13 Mei lalu berhubung dakwaan ugutan jenayah yang didakwa melibatkan seorang peguam yang mewakili Azam.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian susulan pertikaian terbuka antara kedua-dua pihak yang kini beralih ke saluran mahkamah.

Azam menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mei lalu selepas menerajui agensi antirasuah itu selama lebih lima tahun.

Berita berkaitan
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
1 jam lalu· Politik
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
23 jam lalu· Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
23 jam lalu· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
23 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
October 29, 2026 · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
1 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
15 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok