Bekalan bahan api cukup hingga Ogos, harga barangan terus dipantau

June 29, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan bekalan bahan api negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Ogos ini, selain terus memperkukuh langkah bagi memastikan rantaian bekalan tidak terjejas susulan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan turut mengesahkan bekalan beras negara termasuk stok penimbal berada pada paras mencukupi untuk tempoh antara lima hingga enam bulan.

Bagi bekalan makanan asas seperti ayam, telur, ikan, susu dan buah-buahan pula, beliau berkata bekalan semasa mampu memenuhi keperluan negara sekurang-kurangnya untuk tempoh sebulan.

“Kerajaan sedang berusaha memastikan bekalan bahan api terus terjamin supaya aktiviti harian rakyat, pengangkutan awam, logistik, perniagaan dan sektor kritikal dapat terus beroperasi,” katanya ketika sesi penerangan mengenai krisis bekalan global di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga mempertingkat pemantauan harga barangan keperluan menerusi platform PriceCatcher kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), yang memantau 316 jenis barangan di lebih 2,000 premis runcit di seluruh negara dengan sokongan kira-kira 850 pegawai pemantau harga.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti pencatutan dan penyeludupan turut diperkasakan bagi memastikan tekanan daripada faktor global tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barangan secara tidak munasabah.

“Penguatkuasaan terhadap pencatutan dan penyeludupan turut dipertingkat supaya tekanan global tidak dimanipulasi untuk menaikkan harga secara tidak munasabah,” katanya.

Jaminan itu diberikan ketika kebimbangan terhadap gangguan rantaian bekalan dunia terus meningkat susulan konflik geopolitik, ketidaktentuan pasaran tenaga dan perubahan cuaca yang memberi kesan kepada pengeluaran makanan di beberapa negara.

Kerajaan sebelum ini menegaskan keselamatan bekalan makanan dan tenaga negara kekal menjadi keutamaan menerusi pemantauan berterusan terhadap stok, pengimportan serta pengedaran barangan keperluan bagi memastikan rakyat tidak berdepan gangguan bekalan atau kenaikan harga yang melampau.

Berita berkaitan
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026· Isu semasa
KDNK naik, rakyat mesti turut rasa manfaat: Menteri Ekonomi
August 14, 2026· Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
July 28, 2026· Isu semasa
Bekalan minyak negara terjamin, kerajaan pelbagaikan sumber: PMX
July 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
22 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
22 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
23 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok