Jovian Mandagie.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) membuat pengiisytiharan muflis terhadap bekas menantu bekas perdana menteri, Jovian Mandagie kerana gagal melunaskan hutangnya dengan sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan.
Jumlah hutang daripada pinjaman persahabatan (friendly loan) dengan syarikat Cekap Air Sdn Bhd yang gagal dilunaskan bekas menantu Ismail Sabri itu adalah sebanyak RM5.28 juta.
Keputusan itu dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar Muhammad Faisal Zulkifli pada prosiding hari ini selepas membenarkan petisyen pemiutang dikemukakan syarikatitu yang difailkan pada 20 November tahun lalu.
Menurut petisyen itu, Jovian selaku penghutang penghakiman, dalam masa enam bulan sebelum tarikh petisyen berkenaan, telah melakukan perbuatan kebankrapan, iaitu gagal mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh21 Mei tahun lalu.
Ia menyatakan Jovian berhutang kepada Cekap Air RM 5,284,340.66 termasuk faedah setakat 21 Mei tahun lalu, iaitu jumlah yang perlu dibayar berikutan penghakiman terus oleh Mahkamah Tinggi pada 2 April tahun lalu melalui kes saman utama.
Peguam Siti Nur Athirazatti Rohizad yang mewakili syarikat berkenaan, berkata pihaknya memfailkan Notis Kebankrapan selepas Jovian gagal mematuhi penghakiman terus yang diputuskan Mahkamah Tinggi.
Penghakiman terus merujuk kepada suatu permohonan yang difailkan oleh pihak yang memulakan tindakan (plaintif) untuk mendapatkan penghakiman daripada mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan.
Siti Nur Athirazatti berkata, selepas mendapat kebenaran untuk mengeluarkan Notis Kebankrapan, pihaknya kemudian memfailkan Petisyen Pemiutang, yang dibenarkan mahkamah hari ini.
“Jovian ada memfailkan permohonan untuk menggantung dan membatalkan notis serta petisyen berkenaan tetapi semuanya ditolak oleh mahkamah,” katanya.
Pada 2 April tahun lalu, Jovian diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM5 juta kepada Cekap Air selepas selepas membenarkan penghakiman terus yang dimohon syarikat itu.
Pada 16 Mei 2023, syarikat berkenaan memfailkan saman terhadap Jovian kerana didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, syarikat terbabit mendakwa Jovian adalah kenalan kepada pengarah syarikat Cekap Air, Yong Zhen Wei.
Cekap Air mendakwa, ia meminjamkan RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan pereka fesyen itu pada 25 Februari 2022, dan memindahkan wang berkenaan ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian.
Menurut Cekap Air, firma guaman terbabit mengesahkan penerimaan wang itu atas arahan defendan.
Rayuan Jovian terhadap penghakiman terus melalui saman utama akan didengar 15 September ini.
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri