Bekas setiausaha Menteri Pelancongan dihukum penjara, denda RM8.8 juta

November 20, 2025 · Politik

Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta denda RM8.8 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 34, yang sebelum ini berkhidmat bersama bekas menteri pelancongan, Mohamaddin Ketapi didapati bersalah menerima rasuah berjumlah RM1.77 juta.

Tertuduh kelihatan teresak-esak dan menangis di dalam kandang tertuduh sejurus Hakim Suzana Hussin membacakan keputusan tersebut.

Hakim Suzana memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula serta-merta bermula hari ini.

“Sekiranya tertuduh gagal membayar denda RM8.8 juta, dia akan dipenjara tambahan tujuh tahun,”kata Hakim Suzana.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu rayuan difailkan.

Dengan keputusan itu, jumlah ikat jamin juga dinaikkan kepada RM280,000 dengan syarat-syarat ketat, termasuk diwajibkan untuk melaporkan diri di pejabat SPRM dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Berdasarkan tujuh pertuduhan, Mohd Saifullah didapati menerima suapan berjumlah RM1.765 juta daripada seorang pemilik syarikat.

Wang itu diterima sebagai dorongan untuk beliau membantu syarikat terbabit mendapatkan tender Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif bagi kempen pengiklanan Tourism Malaysia.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Dengkil antara 21 Disember 2018 dan 1 Mac 2019, di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
July 20, 2026· Isu semasa
Zizie Izette bebas tuduhan rasuah RM2.8 juta
July 20, 2026· Isu semasa
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
July 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
3 jam lalu · Politik
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
7 jam lalu · Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
7 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
11 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
15 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
July 25, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok