Belanjawan 2026 pacu transformasi digital negara, kata CFM

October 14, 2025 · Isu semasa

Belanjawan 2026 mengukuhkan lagi komitmen kerajaan untuk memacu infrastruktur digital negara, dengan fokus terhadap peningkatan kesalinghubungan, keselamatan data, akses kesihatan digital dan inklusiviti.

Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Yap Yoke Har, menyifatkan belanjawan tersebut sebagai bukti tekad kerajaan memastikan setiap rakyat menikmati manfaat daripada kemajuan digital dan inisiatif yang diumumkan turut menekankan aspek keselamatan dan pembinaan kepercayaan pengguna untuk jangka panjang.

“Inisiatif seperti Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dijangka meningkatkan kelajuan serta kebolehpercayaan internet di Sabah dan Sarawak,” jelas Yoke Har dalam satu kenyataan.

“Usaha ini akan mengurangkan jurang digital antara Malaysia Timur dan Semenanjung, membolehkan pengguna menikmati penstriman tanpa gangguan, pembelajaran dalam talian yang lancar serta akses lebih mudah kepada perkhidmatan digital,” tambahnya lagi.

Beliau turut menekankan penubuhan Pusat Penyebaran Maklumat Negara (NADI) akan membuka peluang baharu kepada komuniti luar bandar.

“Melalui keusahawanan dalam talian, mereka bukan sekadar pengguna, tetapi juga pencipta dan penyumbang dalam ekonomi digital negara yang semakin berkembang,” ujarnya.

Dalam aspek keselamatan dan kesihatan, Yoke Har memaklumkan Sistem Amaran Awal (EWS) akan memastikan maklumat keselamatan sampai kepada orang ramai dengan lebih pantas semasa bencana.

Manakala peruntukan untuk menambah baik kesalinghubungan internet di hospital dan klinik awam akan memperluas akses kepada perkhidmatan telekesihatan, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam, malah mengurangkan jurang perkhidmatan antara bandar dan luar bandar,” ujarnya.

CFM juga menyambut baik penubuhan Sovereign AI Cloud dan AI Transformation Centre, yang menunjukkan kesungguhan Malaysia membangunkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang beretika, selamat dan selari dengan nilai tempatan.

CFM menegaskan kemajuan digital perlu seiring dengan pemerkasaan pengguna.

“Kami menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menjadi pengguna yang bijak, memahami hak mereka, mengamalkan keselamatan digital, serta memanfaatkan sepenuhnya peningkatan kesalinghubungan dan perkhidmatan di bawah Belanjawan 2026,”katanya.

CFM akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memperkukuh perlindungan pengguna dan memupuk budaya digital yang bertanggungjawab.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
7 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
7 jam lalu · Isu semasa
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok