BN kemuka satu nama calon MB Negeri Sembilan, masih mahu tukar Ismail

November 18, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) sudah mengemukakan satu nama calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, namun keputusan pelantikan masih menunggu perkenan dan pengumuman Istana Negeri Sembilan.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sudah mengutus warkah kepada Istana Negeri Sembilan berhubung perkara itu, tetapi setakat ini belum menerima sebarang titah untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Warkah diutus. Jadi setakat ini saya belum menerima titah untuk menghadap dan kami menaruh kepercayaan kepada kepimpinan negeri untuk mempersembahkan maklum warkah berkenaan. Satu sahaja nama calon, tetapi biar istana yang umumkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco Luar Bandar (Mexclub) di Desaru Coast Conference Centre, hari ini.

Zahid berkata, segala keputusan serta pengumuman rasmi berhubung status peletakan jawatan Ismail Lasim dan pelantikan Menteri Besar baharu diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Istana Negeri Sembilan.

Katanya, pertemuan antara Tuanku Muhriz dan Ismail yang berlangsung semalam dipercayai sudah membincangkan beberapa perkara berkaitan kemelut kepimpinan negeri itu.

“Hasilnya biar diumumkan oleh istana sendiri dan juga oleh Ismail. Saya merasakan ada sesuatu yang diputuskan bersama oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Ismail dalam sesi menghadap semalam,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahid menegaskan isu peletakan jawatan Menteri Besar merupakan urusan rasmi pentadbiran negeri dan tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan hal peribadi atau keluarga.

Ismail, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada Isnin lalu selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan semalam menjelaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz turut berkenan menerima menghadap Ismail kira-kira jam 5 petang hingga 6.30 petang semalam susulan kemelut politik yang melanda negeri itu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, BN memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
22 jam lalu · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok