BN paling banyak berjasa di Sabah: Mat Maslan

November 23, 2025 · Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ahmad Maslan, menegaskan Barisan Nasional (BN) bukanlah sebuah parti luar atau pertubuhan asing di Sabah, sebaliknya merupakan pengasas kepada pentadbiran negeri itu sejak puluhan tahun lalu.

Ahmad atau dikenali Mat Maslan itu membidas kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa BN dan UMNO sebagai ‘parti Malaya’ dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

“Ada disebut BN ini parti Malaya. Saya nak sebut GRS baru tiga empat tahun, Warisan baru lima, enam tahun.

“BN, UMNO khasnya sudah 34 tahun, takkan lima enam tahun itu dianggap parti lokal dan 34 tahun yang sudah lama duduk di sini dianggap parti luar, tak betul,” katanya selepas berkempen di Taman Jumbo d Putatan hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menekankan bahawa dengan sejarah akar umbi selama 34 tahun, BN sudah semestinya sebahagian daripada komuniti dan struktur politik tempatan.

“Yang duduk 34 tahun ini sudah jadi ahli komuniti di tempat itu, dibandingkan dengan orang yang duduk di sebuah taman lima enam tahun,” ujarnya.

Beliau yang turut menemani calon BN di kerusi Dewangan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, Jeffery Nor Mohamed, menegaskan BN adalah parti nasional yang mempunyai rekod dan sumbangan yang tidak dapat dinafikan di Sabah.

“Jadi tuduhan BN dan UMNO parti luar adalah tidak betul, kami adalah parti lokal dan nasional kita lokal dan nasional, mempunyai pengalaman dan jasa yang banyak,” tegasnya lagi.

Beliau berharap penerangan itu dapat meleraikan tanggapan salah rakyat Sabah dan mengingatkan mereka akan sejarah serta jasa kerajaan BN yang telah membangunkan negeri itu.

Berita berkaitan
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
3 jam lalu· Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu· Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu· Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
10 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
10 jam lalu · Politik
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
13 jam lalu · Politik
Isu campur tangan AS, PKR Setiawangsa buat laporan polis terhadap Hadi
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok