BN tak diperlukan dalam kerajaan negeri Sabah, kata Pemuda GRS

December 1, 2025 · Politik

Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dengan tegas menolak sebarang gesaan untuk membawa Barisan Nasional (BN) menyertai Kerajaan GRS Plus pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Pemuda GRS berkata pendirikan itu dibuat atas alasan kerajaan sedia ada telah pun mempunyai majoriti mudah yang kukuh dan stabil dan BN tidak perlu berada dalam pentadbiran Hajiji.

Menurut kenyataan Pemuda GRS pada Isnin, gabungan kerajaan negeri kini dianggotai oleh 29 ADUN GRS, 5 ADUN Bebas, 3 ADUN UPKO, dan 1 ADUN masing-masing daripada Pakatan Harapan serta KDM, di samping mendapat sokongan 2 ADUN STAR.

Kedudukan ini dijangka menjadi lebih kukuh dengan pelantikan 6 ADUN dilantik tidak lama lagi.

“Komposisi ADUN dalam Kerajaan GRS Plus pada ketika ini adalah kukuh, stabil dan mencukupi untuk meneruskan agenda pembangunan negeri tanpa memerlukan sebarang penambahan daripada pihak yang telah ditolak oleh rakyat,” kata Pemuda GRS.

Sayap belia gabungan itu menegaskan bahawa keputusan rakyat Sabah dalam pilihan raya negeri perlu dihormati sepenuhnya.

“Rakyat Sabah telah memberikan isyarat yang jelas dengan menolak BN daripada berada dalam kerajaan negeri, dan sebarang cubaan untuk menafikan kehendak rakyat disifatkan tidak wajar.”

Pemuda GRS turut mengingatkan episod politik tidak stabil pada 2023 sebagai pengajaran.

“Langkah-langkah sumbang politik yang berlaku pada tahun 2023, yang turut digerakkan oleh BN, tidak seharusnya berulang kerana ia telah menggugat kestabilan politik dan keyakinan rakyat,” kata kenyataan itu lagi.

Mereka juga mempersoalkan kesungguhan BN, yang sebelum ini terbuka menolak kerjasama dan melancarkan serangan terhadap GRS.

“Adalah tidak wajar kini mereka tampil dengan tuntutan untuk disertakan dalam kerajaan,” ujarnya lagi.

“Fokus utama kerajaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik, memperkukuh pentadbiran serta mempercepatkan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat Sabah, bukannya melayani percaturan politik yang tidak berlandaskan mandat rakyat,” tambah kenyataan itu.

Berita berkaitan
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
21 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
22 jam lalu· Politik
Perwakilan Pemuda PAS mahu parti terajui Putrajaya, termasuk jawatan PM: Laporan
September 3, 2026· Politik
AMK bidas Akmal: Jangan samakan lebihan KKDW dengan KPM, jangan pusing cerita
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
17 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
17 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok