BN yakin agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan tiada pertindihan

June 10, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) yakin proses agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan dapat diselesaikan tanpa sebarang pertindihan tuntutan antara parti komponennya.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir berkata perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi telah berlangsung dengan lancar dan setakat ini tidak timbul sebarang isu besar yang boleh menjejaskan persiapan gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya.

Menurut beliau, amalan musyawarah dan permuafakatan yang menjadi teras BN sejak sekian lama membolehkan setiap perbezaan pandangan diselesaikan secara bersama.

“Pada dasarnya kita tidak mendapati sebarang masalah untuk proses agihan itu dilakukan kerana perbincangan awal sudah pun diadakan.

“Di peringkat ini kita hanya perlu memperkukuhkan lagi dari segi calon dan pembahagian kerusi kepada komponen kita. Pada dasarnya tidak ada masalah yang besar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis syarahan di Putrajaya, hari ini.

Mengulas kemungkinan berlaku pertindihan tuntutan kerusi antara parti dalam BN, beliau menegaskan perkara itu tidak akan berlaku kerana semua keputusan akan dibuat secara kolektif.

“Kita tidak akan ada pertindihan. Walaupun pada peringkat awal mungkin ada pihak yang mencadangkan calon atau kerusi tertentu, akhirnya itulah semangat BN.

“Kami akan duduk bersama dan membuat keputusan secara bersama untuk meletakkan calon-calon di kerusi yang dipersetujui,” katanya.

Zambry berkata, budaya rundingan yang diamalkan dalam BN terbukti menjadi kekuatan utama gabungan itu dalam menyelesaikan isu berkaitan pengagihan kerusi dan pemilihan calon.

Beliau menambah, fokus utama ketika ini adalah memperkemaskan persiapan pilihan raya termasuk memuktamadkan calon yang bakal bertanding di Johor dan Negeri Sembilan.

PRN di kedua-dua negeri dijangka menjadi tumpuan kerana ia bakal menguji kekuatan parti-parti utama selepas perubahan landskap politik negara sejak Pilihan Raya Umum Ke-15.

Jumaat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya dijadual mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan berkaitan PRN Johor dan Negeri Sembilan, termasuk tarikh penamaan calon serta hari pengundian.

Berita berkaitan
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
6 jam lalu· Politik
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
August 25, 2026· Isu semasa
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
August 25, 2026· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
August 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
August 26, 2026 · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
4 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
4 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
4 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok