BUDI95: 13.9 juta rakyat sudah mendapat manfaat, nilai jualan cecah RM5.16 bilion

December 2, 2025 · Isu semasa

Seramai 13.9 juta rakyat Malaysia, iaitu melebihi 84 peratus daripada 16.5 juta penerima layak, telah menikmati harga petrol RON95 pada kadar tetap RM1.99 seliter menerusi program BUDI RON95 (BUDI95) setakat 30 November 2025.

Program ini turut mencatatkan nilai jualan mencecah RM5.16 bilion bersamaan 2.59 bilion liter petrol.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, memberitahu Dewan Negara kejayaan pelaksanaan subsidi bersasar itu dijangka menjana penjimatan fiskal yang besar untuk negara.

“Kerajaan dijangka dapat menjana penjimatan RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, tertakluk kepada harga minyak dunia,” jelas beliau sambil menekankan bahawa anggaran itu mengambil kira pelbagai senario harga minyak mentah global.

“Penjimatan yang dicapai melalui penyasaran subsidi ini telah membuka ruang fiskal yang lebih luas untuk dimanfaatkan demi kesejahteraan rakyat,” tambahnya lagi.

Beliau menjelaskan ruang tersebut akan diperkukuh untuk membiayai pembangunan dalam sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam di seluruh negara.

Memandangkan BUDI95 hanya dilaksanakan bermula 30 September 2025, penilaian penjimatan penuh tahunan hanya dapat dibuat mulai 2026.

“Bagi 2025, tumpuan akan diberikan kepada pemantauan dan penambahbaikan mekanisme bagi memastikan sistem BUDI95 kekal stabil dan mesra pengguna,” ujarnya.

Hui Ying berkata hasil penjimatan itu dapat digunakan untuk membantu meringankan beban rakyat dengan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan pihak kerajaan.

“Secara kesimpulannya, penjimatan dana negara melalui penyasaran subsidi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana bagi agenda kebajikan, bantuan menangani kos sara hidup, serta pelaburan untuk prasarana berkualiti kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
21 jam lalu· Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
23 jam lalu· Isu semasa
RM42.5 bilion hutang 1MDB sudah dibayar, kerajaan masih tanggung baki
23 jam lalu· Isu semasa
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
24 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
15 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
15 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
21 jam lalu · Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok