Bung dedah punca tolak kerjasama dengan GRS, berunding dengan Hajiji sukar

September 20, 2025 · Politik

Faktor utama UMNO-Barisan Nasional (BN) enggan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah disebabkan sukar untuk berunding dengan ketuanya, Hajiji Noor dan tawaran kerusi yang terlalu sedikit, dedah Bung Moktar Radin.

Pengerusi UMNO Sabah itu menjelaskan rundingan menemui jalan buntu ekoran tawaran kerusi yang tidak memuaskan, malah isu sukar untuk kerjasama dengan GRS sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ada memanggil saya di Parlimen tanya saya. Adakah jalan untuk bekerjasama dengan Hajiji, saya cakap tidak… beri kami hanya lapan kerusi mana boleh.

“Susah berunding dengan GRS. Kerusi kita pun mereka mahu ambil termasuk enam kerusi bekas ahli UMNO yang melompat sebelum ini,” katanya seperti dilapor media semasa program di Sabah.

Bung Moktar juga akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan menegaskan UMNO akan bertanding di semua kerusi tradisinya dan mensasarkan kira-kira 40 kerusi melalui kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagai ‘pertempuran terakhir’ untuk membawa BN kembali memerintah negeri tersebut.

Ujarnya, mesej itu sudah disampaikannya kepada semua pemimpin dan akar umbi parti bagi memastikan BN tidak lagi kekal sebagai pembangkang, sebaliknya kembali memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.

“Lihat Parti Warisan, selepas Shafie (Mohd Shafie Apdal) tiada, Warisan habis. STAR bergantung kepada Jeffrery (Dr Jeffrey Kitingan), PGRS bergantung kepada Hajiji. Tapi UMNO lain, seorang ketua pergi, 20 akan ganti. Itu lainnya dan indahnya UMNO.

“Jadi saya beritahu UMNO Sabah, ini kita punya ‘last battle’ dan saya melihat peluang UMNO dan BN sangat baik. Peluang ini tidak datang berulang kali,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
15 jam lalu· Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
23 jam lalu· Politik
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
23 jam lalu· Isu semasa
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
15 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
23 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
23 jam lalu · Politik
10 ADUN Negeri Sembilan cabar pembatalan pelantikan Exco di mahkamah
October 7, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok