Cecah RM70 juta tunggakan sewa PPR, PA dibawah selian DBKL

May 18, 2025 · Isu semasa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini berhadapan tunggakan sewa mencecah RM70 juta membabitkan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu kota, sekali gus memberi kesan terhadap usaha penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan komuniti.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, berkata isu itu antara yang dibangkitkan semasa sesi dialog bersama DBKL dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama penduduk PA dan PPR Desa Rejang, Setapak, hari ini.

“Setakat ini jumlah tunggakan sudah mencecah RM70 juta. DBKL mengambil beberapa langkah termasuk memasang kunci air, mengeluarkan notis, mengadakan program advokasi kewangan serta pelan rundingan kepada penyewa bagi memastikan bayaran dapat dijelaskan.

“Langkah ini penting supaya hasil kutipan sewa dapat dikembalikan kepada penduduk dalam bentuk perkhidmatan yang lebih baik,” katanya selepas Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat-PPR Bestari Madani 2025 di Dewan Serbaguna Perumahan Awam Desa Rejang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil kutipan sewa sangat penting kerana ia digunakan semula untuk menampung kos penyelenggaraan bangunan, pembaikan kemudahan awam serta perkhidmatan yang dinikmati penduduk di kawasan perumahan awam dan PPR.

“Kita tidak boleh teruskan perkhidmatan kalau bayaran sewa tidak dikutip. Sebab itu kita beri peluang kepada penyewa untuk runding semula, ada ruang untuk bayar ikut kemampuan. Tapi mereka juga perlu faham tanggungjawab itu.

“Kita laksanakan tindakan secara berperingkat, bukan terus keras. Kita mulakan dengan notis, beri advokasi, dan baru kita pasang kunci air. Semuanya bertujuan untuk pastikan kutipan ini dapat disalurkan balik kepada penduduk sendiri,” katanya.

Beliau menambah, dalam hal penyelenggaraan, terdapat blok tertentu seperti di Desa Rejang yang kini dikendalikan melalui Management Corporation (MC), namun DBKL tetap memberikan sokongan dari segi teknikal dan logistik.

Menerusi sesi dialog hari ini, katanya DBKL turut menerima aduan berkaitan penyelenggaraan bangunan, tahap kebersihan, keselamatan, kekurangan parkir, masalah dadah dan peniaga tanpa kebenaran yang beroperasi di sekitar kawasan PPR.

Selain itu, katanya pihak DBKL kini sedang menilai kemungkinan membuka peluang pemilikan rumah kepada penyewa yang benar-benar layak, terutama dalam kalangan mereka yang tidak berkeupayaan mendapatkan pinjaman perumahan.

“Kita sedang meneliti dasar sedia ada. Sekiranya mereka mempunyai keupayaan, kita pertimbang cadangan agar mereka dapat memiliki kediaman yang didiami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata program hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk terhadap kepentingan keselamatan kejiranan serta memperkukuh kerjasama antara agensi penguat kuasa dan komuniti setempat.

Katanya, PDRM sentiasa komited menggerakkan pendekatan berasaskan komuniti selaras prinsip Malaysia Madani bagi mewujudkan kawasan perumahan awam yang lebih selamat dan harmoni.

“PDRM turut menggalakkan penggunaan sistem pemantauan seperti kamera litar tertutup (CCTV) serta aplikasi aduan seperti Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk memudahkan saluran maklumat secara langsung daripada orang awam.

“Kita juga menggalakkan pembabitan penduduk secara aktif dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) bagi memastikan kesejahteraan kawasan kekal terjaga,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 500 penduduk menyertai program yang turut menawarkan aktiviti pendidikan, pemeriksaan kesihatan, pameran pelbagai agensi serta sesi dialog bersama DBKL dan PDRM. – Bernama

Berita berkaitan
Kerajaan masih tanggung hutang 1MDB berbaki RM20.1 bilion
July 9, 2026· Politik
Jangan ulang kesilapan lama FELDA, berhutang bebankan peneroka: PMX
July 7, 2026· Isu semasa
Tunggakan cukai RM1.73 bilion: Rayuan Najib dan anak akan diputus 4 September
July 3, 2026· Politik
Hutang isi rumah kekal terkawal, bantuan bersasar diteruskan: MOF
July 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok