DAP ikhlas dengan UMNO, bukan hanya kawan masa senang: Nie Ching

June 19, 2026 · Politik

DAP menegaskan hubungannya dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan dibina atas dasar keikhlasan dan saling menghormati, bukannya bersifat sementara atau sekadar untuk kepentingan politik.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata parti itu tidak pernah berpura-pura atau bersikap bermuka dua terhadap UMNO, malah sentiasa komited membantu rakan gabungannya apabila diperlukan.

Menurut beliau, pengalaman ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tahun lalu menjadi bukti kesungguhan DAP dalam menjayakan kempen calon Barisan Nasional (BN).

“Saya masih ingat ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jentera BN untuk PRK DUN Mahkota. Apabila wakil BN menjemput saya duduk di atas pentas dan menyerahkan bendera dacing kepada saya, saya terima dan pegang.

“Bukan saya tidak rasa janggal atau pelik, tetapi semua itu dilakukan untuk menunjukkan keikhlasan DAP dalam membantu rakan kerja kami dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dipetik laporan media.

Beliau yang juga Ketua Wanita DAP berkata parti itu tidak mengamalkan politik yang hanya manis di bibir tetapi mempunyai niat berbeza di belakang tabir.

“Kita tidak bermuka dua, kita tidak mendua hati dan kita tidak berpura-pura. DAP adalah sebuah parti yang ikhlas,” katanya.

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata kerjasama antara DAP dan UMNO di kawasan DUN Mahkota pada 2024 berlangsung secara profesional dan harmoni dengan matlamat utama memastikan kemenangan calon BN.

Katanya, DAP sentiasa bersikap pragmatik serta menghormati rakan kerjasama dalam kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Selepas PRU-15, tiada mana-mana gabungan parti mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. Sebab itu Pakatan Harapan memilih untuk bekerjasama dengan BN serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak bagi membentuk kerajaan.

“Sebagai rakan kerja, kita mendoakan yang terbaik untuk mereka. Apabila UMNO berdepan PRK Mahkota, DAP tidak mencari alasan untuk tidak membantu, sebaliknya kami berkempen sepenuh hati bagi memastikan kemenangan BN,” katanya.

Beliau turut menjelaskan keputusan membantu kempen BN di Mahkota dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mengarahkan jentera parti di Johor dan Kluang turun padang bagi menyokong calon terbabit.

Kerjasama antara DAP dan UMNO terus menjadi perhatian sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan pada penghujung 2022.

Walaupun kedua-dua parti pernah menjadi seteru politik selama beberapa dekad, gabungan tersebut diwujudkan selepas keputusan PRU-15 menghasilkan Parlimen tergantung yang menyaksikan tiada blok politik memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Selangor umum bantuan rakyat RM209 juta, Johor pula bersedia untuk pilihan raya: AMK
June 19, 2026· Politik
PRN: Balik mengundi naik ETS, KTMB tambah tren ke Johor
June 19, 2026· Isu semasa
PH umum calon PRN Johor Isnin ini: Zaliha
21 jam lalu· Politik
12,710 anggota polis Johor mengundi awal pada 7 Julai
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS perlu uji kekuatan sebenar ‘gelombang hijau’, tinggalkan PN bertanding guna bulan
June 19, 2026 · Politik
21 saksi selesai beri keterangan dalam kes rasuah bekas MB Perlis
June 19, 2026 · Politik
PAS disaran keluar PN, bentuk gabungan baharu bersama UMNO: Tun Faisal
June 19, 2026 · Politik
PKR teliti tindakan undang-undang terhadap Rafizi, Nik Nazmi
June 19, 2026 · Politik
Ramasamy sindir PAS, ucap ‘terima kasih’ berjaya pecahkan PN
June 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok