Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Isnin depan, menurut Pengerusi PKR Johor, Zaliha Mustafa.
Zaliha berkata, pengumuman berkenaan telah dipersetujui oleh kepimpinan PH di peringkat negeri dan pusat serta dijangka disempurnakan dalam satu majlis yang turut dihadiri Presiden PKR merangkap Pengerusi PH, Anwar Ibrahim.
“Pengumuman calon ini telah disepakati oleh PH negeri dan juga pusat. Insya-Allah kita akan adakan di sebelah utara Johor, kemungkinan di Bukit Gambir, Tangkak,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.
Menurut Dr Zaliha, pemilihan kawasan di utara Johor dibuat bagi menyemarakkan momentum sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap gabungan itu selepas beberapa siri program yang dianjurkan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, sambutan yang diterima dalam program-program terdahulu, termasuk di Bukit Naning, memberi keyakinan kepada PH untuk menjadikan kawasan itu sebagai lokasi pelancaran calon.
Mengulas proses pemilihan calon, Zaliha menjelaskan pandangan daripada peringkat cabang turut diambil kira bagi memastikan individu yang dipilih benar-benar memahami keperluan masyarakat setempat serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
“Kita juga masukkan unsur profesional, anak muda, wanita dan kepelbagaian kaum supaya ada keseimbangan dalam calon yang diketengahkan,” katanya.
Beliau menambah, selain mewakili pelbagai lapisan masyarakat, calon yang dipilih perlu mempunyai keupayaan untuk menyumbang kepada matlamat lebih besar PH dalam menghadapi pilihan raya kali ini.
Menurutnya, PH tidak sekadar mahu menambah jumlah kerusi yang dimenangi sebelum ini, sebaliknya meletakkan sasaran lebih besar untuk membentuk kerajaan negeri Johor.
Dalam PRN Johor kali ini, PH akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Daripada jumlah itu, PKR akan bertanding di 20 kerusi, DAP sebanyak 17 kerusi manakala Amanah di 19 kerusi.
PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai depan dengan hari penamaan calon pada 27 Jun, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 7 Julai.
PAS perlu uji kekuatan sebenar ‘gelombang hijau’, tinggalkan PN bertanding guna bulan
21 saksi selesai beri keterangan dalam kes rasuah bekas MB Perlis
PAS disaran keluar PN, bentuk gabungan baharu bersama UMNO: Tun Faisal
Ramasamy sindir PAS, ucap ‘terima kasih’ berjaya pecahkan PN
12,710 anggota polis Johor mengundi awal pada 7 Julai
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar