Diskaun tol.
Pengguna lebuh raya bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari sempena sambutan Deepavali, bermula tengah malam Jumaat ini hingga 11.59 malam Sabtu.
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif itu membabitkan peruntukan pampasan sebanyak RM20.11 juta yang akan dibayar kerajaan kepada syarikat konsesi lebuh raya terlibat.
Menurutnya, potongan tol itu diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas Satu di semua plaza tol, selain kenderaan Kelas Dua di Jambatan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, diskaun berkenaan tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK) di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
“Inisiatif ini diharap dapat membantu meringankan kos perjalanan rakyat, khususnya masyarakat beragama Hindu yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi ahli keluarga bagi meraikan sambutan Deepavali,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pemberian diskaun itu mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat.
Dalam pada itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, terutama ketika waktu puncak sepanjang tempoh perayaan.
Pengguna juga diminta memastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan, selain mematuhi had laju dan menjaga jarak selamat antara kenderaan.
Pemandu turut diingatkan supaya berehat secukupnya bagi mengelakkan keletihan, khususnya bagi mereka yang melakukan perjalanan jauh.
Maklumat trafik terkini dan laporan insiden di lebuh raya boleh diperoleh menerusi saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan