DNAA: Zahid mohon halang cabaran Badan Peguam ke Mahkamah Persekutuan

May 26, 2026 · Politik

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi membawa kes berkaitan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) membabitkan kes Yayasan Akalbudi ke Mahkamah Persekutuan bagi menghalang cabaran yang dikemukakan Badan Peguam Malaysia.

Permohonan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mei lalu yang membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman terhadap tindakan peguam negara memohon DNAA dalam kes tersebut.

Peguam Zahid, Shahrul Fazli Kamarulzaman berkata, pihaknya telah memfailkan dokumen berkaitan di pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam bagi mendapatkan kebenaran merayu.

“Permohonan itu mengandungi lima persoalan undang-undang yang memenuhi syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964,” katanya dipetik laporan SuaraTV.

Di bawah peruntukan itu, kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan hanya diberikan sekiranya kes melibatkan persoalan undang-undang atau perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam.

Peguam Negara (AG) selaku responden prospektif pertama turut dijangka memfailkan permohonan sama minggu depan.

Zahid dan AG mahu Mahkamah Persekutuan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Jun tahun lalu yang menolak permohonan Badan Peguam untuk mencabar keputusan DNAA tersebut.

Dalam penghakiman terdahulu, panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Faizah Jamaludin bersama Hakim Lim Hock Leng dan Nadzrin Wok Nordin memutuskan Badan Peguam mempunyai isu yang boleh dipertikaikan dan wajar didengar di Mahkamah Tinggi.

Faizah berkata, keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memberikan DNAA kepada Zahid selepas permohonan pihak pendakwaan pada 2023 hanyalah satu perintah prosedur dalam perjalanan prosiding jenayah berkenaan.

“Badan Peguam telah melepasi ambang yang diperlukan untuk merit kes itu didengar,” katanya dalam keputusan tersebut.

Kes Yayasan Akalbudi menjadi antara perbicaraan berprofil tinggi negara selepas Zahid didakwa atas 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana yayasan itu.

Pada Januari 2022, Hakim Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Zahid membela diri terhadap semua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Bagaimanapun, pada September 2023, pihak pendakwaan memohon supaya Zahid dilepas tanpa dibebaskan atas semua pertuduhan, sebelum permohonan itu dibenarkan mahkamah.

Keputusan tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengamal undang-undang dan masyarakat, termasuk tindakan Badan Peguam yang memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan peguam negara itu.

Berita berkaitan
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
9 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
9 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
13 jam lalu· Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
5 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
12 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
15 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
15 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok