Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000

August 16, 2026 · Isu semasa

Seorang doktor wanita sebuah klinik swasta di Dungun, Terengganu kerugian RM558,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang secara dalam talian, awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Nik Ab Halim Nik Mat berkata, mangsa berusia 32 tahun pada mulanya berhubung dengan suspek menerusi Instagram selepas melihat iklan berkaitan pembelajaran perdagangan dan pelaburan.

Menurutnya, mangsa kemudian diarahkan berurusan dengan seorang lagi suspek dikenali sebagai ‘Wan’ melalui aplikasi WhatsApp sebelum membuat pembayaran dan transaksi berjumlah ratusan ribu ringgit.

“Mangsa diminta membayar RM300 untuk mendapatkan video berkaitan teknik perdagangan sebelum membuat 77 transaksi ke enam akaun dari 12 Januari hingga 11 Ogos berjumlah RM558,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ab Halim berkata, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan itu.

Malah, katanya, mangsa turut diminta membuat bayaran tambahan sebagai ganti rugi bagi mengelakkan tindakan mahkamah atas dakwaan melakukan kesalahan.

“Susulan itu, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kes berasingan di Kuala Terengganu, seorang pesara kerajaan berusia 60 tahun kerugian RM92,781 selepas menjadi mangsa sindiket pinjaman wang tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor berkata, mangsa sebelum itu melihat tawaran pinjaman RM10,000 menerusi Facebook pada Jun lalu dan tertarik dengan kadar faedah rendah serta syarat pinjaman yang ditawarkan.

“Mangsa menghubungi suspek melalui WhatsApp dan diminta membayar kos pengurusan. Lelaki itu membuat 86 bayaran ke 28 akaun menggunakan wang simpanan serta pinjaman daripada rakan dari 14 Jun hingga 13 Ogos,” katanya.

Menurutnya, mangsa turut menyerahkan maklumat peribadi termasuk salinan kad pengenalan, bil utiliti, kad pencen dan akaun bank atas alasan untuk simpanan rekod.

Suspek kemudian mengugut mangsa dengan tindakan mahkamah sekiranya bayaran tambahan tidak dibuat.

Mangsa membuat laporan polis pada 3.39 petang semalam.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Berita berkaitan
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
5 jam lalu· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
2 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok