Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.30 pagi hari ini selepas terjatuh di kediamannya pada awal pagi.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff yang dipetik dalam laporan Astro Awani selepas dihubungi.
Menurut beliau, Dr Mahathir kini berada di bawah pemantauan rapi oleh pasukan perubatan IJN.
“Ya, beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan ketika ini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya ringkas.
Sufi turut memaklumkan sejurus kejadian berlaku, Dr Mahathir dibawa ke IJN menggunakan ambulans dari kediamannya bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Setakat ini, tiada maklumat terperinci mengenai tahap kecederaan atau keadaan kesihatan semasa beliau didedahkan kepada umum.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai media Pejabat Dr Mahathir berkata satu kenyataan rasmi berhubung keadaan kesihatan beliau akan dikeluarkan pada masa terdekat.
“Kami akan maklumkan perkembangan terkini sebaik sahaja menerima laporan penuh daripada pihak hospital,” katanya.
Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, Dr Mahathir yang kini berusia 100 tahun pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan.
Bagaimanapun, beliau dibenarkan pulang pada hari yang sama sekitar jam 4.45 petang selepas menerima rawatan dan pemerhatian sejak jam 10 pagi.
Kemasukan terbaharu ini sekali lagi mencetuskan perhatian ramai terhadap tahap kesihatan tokoh berusia satu abad itu, dengan orang ramai terus mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dan urusan rawatan dipermudahkan.
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi