Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad memilih rawatan fisioterapi tanpa pembedahan sebagai langkah terbaik bagi menangani kecederaan tulang pinggul yang dialaminya selepas terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lalu.
Setiausaha Akhbar, Sufi Yusoff berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama beberapa pakar perubatan dari Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Selepas meneliti pandangan doktor-doktor pakar dari IJN, HUKM dan HKL, rawatan fisioterapi tanpa pembedahan dikenal pasti sebagai pilihan paling sesuai untuk beliau,” katanya dalam kenyataan kepada media pada Sabtu.
Menurut Sufi, faktor usia turut diambil kira dalam menentukan kaedah rawatan, justeru proses pemulihan dijangka mengambil tempoh yang lebih panjang.
“Mengambil kira usia Dr Mahathir, proses pemulihan ini memerlukan masa dan pemantauan rapi,” jelasnya.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan Dr Mahathir dan ahli keluarganya merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan serta kesejahteraan beliau.
Sokongan dan doa itu disifatkan sebagai satu suntikan semangat dalam tempoh pemulihan ini.
Buat sementara waktu, Dr Mahathir juga tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan rehat sepenuhnya.
Sebelum ini, pada 6 Januari, Dr Mahathir dilaporkan dikejarkan ke IJN kira-kira jam 9.30 pagi selepas terjatuh di kediamannya.
Keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan terus dipantau oleh pasukan perubatan.
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi