Siasatan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC pada 12 Ogos 2025, dengan penyitaan satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM sebagai bahan bukti.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan dua individu berhubung satu video tular di media sosial yang didakwa mempersendakan lagu kebangsaan ‘Negaraku’.
Siasatan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC pada 12 Ogos 2025, dengan penyitaan satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM sebagai bahan bukti.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
MCMC menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan menghina lagu kebangsaan, selaras dengan Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang mewajibkan semua warganegara menghormati ‘Negaraku’.
Orang ramai diingatkan agar sentiasa memuliakan lagu kebangsaan sebagai lambang kesetiaan kepada negara, dan mengelak daripada menyebarkan kandungan yang boleh dianggap menghina maruah negara.
Majlis Amanat Hari Kebangsaan dipindah ke PICC kerana jerebu
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri