Lapan individu, termasuk dua warga asing, telah didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini.
Lapan individu, termasuk dua warga asing, telah didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan mengedar ganja seberat 247.7 kilogram.
Kesemua tertuduh, yang hadir di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, memahami dengan pertuduhan yang dibacakan, bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes ini terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa bersama melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Camelia 5 di sini pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, 5 November lepas, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli, yang mengendalikan pendakwaan, memaklumkan mahkamah bahawa hukuman bagi kesalahan tersebut adalah berat.
“Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 12 sebatan,” jelas beliau.
Empat daripada tertuduh diwakili oleh Peguam Ramkarpal Singh, manakala empat yang lain tidak diwakili oleh sebarang peguam.
Mahkamah kemudiannya menolak permohonan ikat jamin yang dibuat dan menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi tujuan serahan laporan kimia.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri