Ekonomi Malaysia terus kukuh, S&P kekal penarafan A-

September 30, 2026 · Isu semasa

S&P Global Ratings (S&P) mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada ‘A-’ dengan tinjauan stabil, selain mengunjurkan ekonomi negara berkembang 5.5 peratus pada 2026.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata pengekalan penarafan itu mencerminkan daya tahan dan kepelbagaian ekonomi Malaysia, momentum pertumbuhan yang berterusan serta usaha konsolidasi fiskal secara berperingkat.

Menurut MOF, penilaian itu turut mengambil kira fleksibiliti dasar monetari yang kukuh dan kedudukan luaran negara yang terus menyokong.

“Ini mencerminkan keyakinan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap kekuatan dan daya tahan ekonomi Malaysia,” menurut kenyataan MOF pada Selasa.

S&P turut menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada purata 5.0 peratus setahun bagi tempoh 2026 hingga 2029, manakala purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar per kapita wajaran 10 tahun Malaysia diunjurkan pada 3.7 peratus.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, berkata kerajaan melaksanakan reformasi secara berperingkat dan tersusun sejak pelaksanaan kerangka Ekonomi MADANI.

“Tuntutan memperkukuh asas fiskal bukanlah alasan untuk membelakangkan keperluan mengekalkan pertumbuhan, apatah lagi melindungi rakyat daripada gejolak luaran.

“Penilaian S&P ini menggalakkan. Pertumbuhan per kapita Malaysia kekal kukuh berbanding negara setara, meskipun berdepan persekitaran global yang semakin mencabar,” katanya.

Menurut MOF, prestasi sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor yang semakin meningkat turut menyokong penilaian S&P, susulan kitaran pelaburan global berkaitan kecerdasan buatan.

Eksport tenaga dan penggunaan isi rumah yang memberangsangkan turut menjadi antara faktor sokongan kepada pertumbuhan ekonomi.

Malaysia juga muncul sebagai antara destinasi utama pelaburan pusat data di Asia Tenggara, dengan anggaran pelaburan terkumpul RM386 bilion antara 2021 hingga pertengahan 2026.

Dari aspek fiskal, S&P mengiktiraf usaha konsolidasi kerajaan apabila defisit fiskal mengecil daripada 6.4 peratus KDNK pada 2021 kepada 3.7 peratus pada 2025.

Kedudukan luaran negara turut kekal menjadi sumber daya tahan penting, disokong asas eksport yang kukuh dan pelbagai serta rekod lebihan akaun semasa selama lebih dua dekad.

S&P menjangkakan lebihan akaun semasa Malaysia stabil sekitar 1.8 peratus daripada KDNK dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Kerajaan kini akan meneruskan agenda reformasi menerusi Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030, dengan tumpuan kepada kemampanan fiskal, produktiviti dan daya saing.

Anwar berkata tumpuan seterusnya ialah memastikan pertumbuhan ekonomi memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

“Tanggungjawab kita sekarang adalah memastikan pertumbuhan yang lebih kukuh diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan, peluang yang lebih luas dan taraf hidup yang lebih baik.

“Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober 2026 akan memperkenalkan langkah seterusnya untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pengekalan penarafan S&P itu hadir ketika kerajaan meneruskan usaha memperkukuh kedudukan fiskal negara, pada masa sama mengekalkan momentum pertumbuhan dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
18 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
20 jam lalu· Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.7 peratus tahun ini: Firma
September 24, 2026· Isu semasa
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dr Mahathir masuk IJN untuk pemantauan: Bernama
September 30, 2026 · Isu semasa
Skandal pindah milik tanah: Bekas Pengarah Besar FELDA didakwa tipu Lembaga Pengarah
September 30, 2026 · Isu semasa
Guan Eng cadang pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum
September 30, 2026 · Isu semasa
Isu pelarian Myanmar: Kerajaan mahu penyelesaian tuntas
September 30, 2026 · Isu semasa
ASM3 pecah rekod 7 tahun, tatakelola jadi kunci: PMX
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok