Eksploitasi seksual kanak-kanak: MCMC, PDRM tingkat kerjasama

September 24, 2026 · Isu semasa

Kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus diperkukuh bagi membanteras kegiatan eksploitasi seksual kanak-kanak menerusi platform dalam talian.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata MCMC sebagai agensi teknikal akan membantu PDRM, khususnya Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), dalam mengesan pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian untuk melakukan jenayah berkenaan.

Menurutnya, kerjasama itu turut merangkumi aspek teknikal dan forensik bagi menyokong siasatan PDRM terhadap kegiatan eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian.

“Peranan MCMC ini bagi memastikan mana-mana pihak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian boleh dikesan, diberkas dan dibawa ke muka pengadilan, terutama mereka yang memangsakan kanak-kanak mahupun wanita,” katanya selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi, hari ini.

Usaha itu dilihat penting susulan pendedahan PDRM mengenai kegiatan menghasilkan, mengedar dan menjual bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) menerusi kumpulan tertutup dalam talian.

Pada 22 September lalu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Kumar berkata lapan remaja, termasuk seorang berusia 13 tahun, antara 53 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan berkaitan CSAM menerusi Ops Pedo Bersepadu 3.0.

Operasi serentak yang dijalankan dari 14 hingga 16 September itu hasil risikan D11 JSJ bersama MCMC. Siasatan turut mengesan kandungan video dan animasi berkaitan CSAM ditawarkan dalam kumpulan tertutup dengan harga antara RM50 hingga RM60.

Fahmi berkata kerajaan turut memberi perhatian terhadap aspek keselamatan pengguna menerusi kerangka perundangan berkaitan keselamatan dalam talian.

“Kita juga melalui Akta Keselamatan Dalam Talian memberi penegasan kepada platform media sosial untuk memastikan platform itu sendiri sentiasa selamat, terutama untuk wanita dan kanak-kanak bawah usia 16 tahun yang tidak dibenarkan membuka akaun media sosial,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata pengalaman pesara dan bakal pesara Kementerian Komunikasi perlu terus dimanfaatkan bagi membantu kerajaan menambah baik penyampaian perkhidmatan, khususnya dalam bidang komunikasi.

Majlis Jasamu Dikenang hari ini meraikan 157 pesara dan bakal pesara kementerian.

Berita berkaitan
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
6 jam lalu· Isu semasa
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
September 22, 2026· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
September 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
September 24, 2026 · Isu semasa
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
September 24, 2026 · Isu semasa
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
24 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
24 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok