Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan

August 15, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh individu, termasuk empat bekas pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH), bagi membantu siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Kesemua mereka ditahan secara berperingkat antara jam 3 petang semalam hingga 10.30 malam tadi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Menurut sumber, suspek terdiri daripada seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat perkapalan, seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat serta empat bekas pegawai kanan TH berusia antara 50-an hingga 60-an.

“Suspek pertama, seorang CEO syarikat perkapalan berusia lingkungan 60-an, ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu ketika membuat bayaran kepada TH.

“Ia membabitkan pemalsuan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum untuk kepentingan syarikat miliknya,” menurut sumber.

Seorang pengarah syarikat pembinaan turut ditahan kerana disyaki memperdayakan pegawai TH supaya membuat pelaburan dalam sebuah syarikat pembinaan dengan menawarkan prospek syarikat itu untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Seorang bekas pengarah syarikat pula disyaki terbabit dalam perkara sama.

Sementara itu, empat bekas pengurusan kanan TH, termasuk seorang wanita, disiasat kerana disyaki terlibat dalam amalan rasuah sehingga mendorong TH memasuki perjanjian pajakan empat hotel dengan sebuah syarikat di Arab Saudi bernilai SR2.49 bilion.

Perjanjian itu dipercayai menyebabkan kerugian kepada TH dan menjadi antara perkara yang diberi perhatian dalam siasatan susulan laporan RCI.

Daripada tujuh individu terbabit, hanya CEO syarikat perkapalan dan pengarah syarikat pembinaan direman. Lima lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor masalah kesihatan.

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman kedua-dua suspek lelaki itu selama lima hari sehingga 19 Ogos. Perintah reman dikeluarkan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 serta Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Siasatan itu susulan perhatian kerajaan terhadap beberapa isu dalam pengurusan TH selepas RCI menjalankan penelitian terhadap operasi dan keputusan pelaburan institusi berkenaan.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
1 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
4 jam lalu· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
17 jam lalu· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026 · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
1 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
1 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok