Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam

August 19, 2026 · Isu semasa

Lebih 127,000 kandungan penipuan atau scam dikesan di pelbagai platform media sosial dan diminta diturunkan sejak awal tahun hingga 19 Ogos ini, dengan Facebook dan TikTok merekodkan jumlah tertinggi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 53 peratus kandungan terbabit dikesan di Facebook, manakala 39 peratus lagi di TikTok.

Menurutnya, jumlah itu mewakili 27 peratus daripada keseluruhan permohonan kandungan yang diminta untuk diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh berkenaan.

“Masalah jenayah scam yang kebanyakannya menggunakan akaun palsu adalah antara yang paling banyak diminta diturunkan oleh pihak MCMC.

“Kita lihat Facebook dan TikTok adalah dua platform di mana paling banyak jenayah scam ini dikesan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Fahmi turut menggesa orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat yang diterima menerusi media sosial, terutama tawaran atau pautan yang mencurigakan.

Beliau menyarankan orang ramai membuat semakan melalui portal Sebenarnya.my dan MyCheck selain mendapatkan maklumat daripada media arus perdana sebelum mengambil sebarang tindakan.

Dalam perkembangan sama, kerajaan memberi tempoh beberapa bulan kepada platform media sosial yang dikenal pasti untuk memastikan pematuhan terhadap dua kod baharu bagi menangani kandungan memudaratkan yang boleh mengancam harta dan nyawa pengguna.

Kod berkenaan ialah Kod Perlindungan Kanak-Kanak dan Kod Pengurangan Risiko yang berkuat kuasa 1 Jun lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).

“Platform media sosial yang telah dikenal pasti perlu mematuhi kedua-dua kod ini dan kita beri mereka masa dalam beberapa bulan akan datang untuk pastikan segala tindakan diambil secara terselaras.

“Ini bagi mengelakkan kandungan yang memudaratkan serta boleh mengancam harta ataupun nyawa daripada terus dibenarkan dalam platform masing-masing,” katanya.

Fahmi berkata, tindakan segera oleh platform amat penting kerana proses permohonan untuk menurunkan kandungan secara manual memerlukan masa dan sumber yang besar daripada pihak kerajaan.

“Untuk setiap kandungan yang diminta diturunkan, petugas MCMC memerlukan masa 30 hingga 45 minit untuk mengisi borang dan menghantar kepada pihak berkenaan. Jadi, ia memang memakan masa dan kos yang tinggi untuk kerajaan,” katanya.

Usaha memperketat kawalan kandungan dalam talian dilihat semakin penting susulan peningkatan penggunaan media sosial sebagai medium komunikasi, perniagaan dan penyebaran maklumat.

Pada masa sama, platform berkenaan turut menjadi sasaran sindiket scam untuk memperdaya mangsa menggunakan akaun palsu, iklan mengelirukan dan pautan berbahaya.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
15 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
16 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
1 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
1 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
2 jam lalu · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok