Fahmi: Orang kampung juga jadi sasaran scam, kempen kesedaran akan diperluas

August 20, 2026 · Isu semasa

Kempen kesedaran mengenai penipuan dalam talian atau scam perlu diperluas hingga ke kawasan luar bandar bagi memastikan masyarakat di kampung dan kawasan terpencil turut dilindungi daripada ancaman jenayah siber.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kempen kesedaran tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada program berskala besar di bandar, sebaliknya perlu dibawa terus ke peringkat akar umbi.

Menurutnya, PIBG, persatuan penduduk dan Rukun Tetangga boleh memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan modus operandi scam kepada masyarakat setempat.

“Bukan semua yang dapat datang ke hotel sertai forum atau kempen kesedaran, jadi kita kena bawa program ini ke balai-balai raya dan kampung-kampung.

“Bila kita sediakan Internet sampai ke kampung-kampung yang terpencil, maksudnya scammer pun dah boleh pergi ke kampung-kampung terpencil tanpa meninggalkan tempat kerja mereka. Ini cabaran kita,” katanya ketika berucap pada pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 hari ini.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan.

Fahmi berkata, dari 1 Januari hingga semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memohon penurunan 476,516 kandungan dalam talian yang melibatkan pelbagai kategori kesalahan.

Daripada jumlah itu, 302,139 kandungan berkaitan perjudian dalam talian, manakala 128,312 lagi membabitkan kandungan berunsur penipuan.

Facebook mencatatkan jumlah tertinggi kandungan penipuan yang diminta diturunkan dengan 67,115 kandungan atau 52 peratus, diikuti TikTok sebanyak 50,642 kandungan.

Menurut Fahmi, platform media sosial mempunyai tanggungjawab memastikan perkhidmatan mereka tidak dijadikan saluran untuk kegiatan scam dan perjudian dalam talian.

Beliau turut memberi amaran platform yang gagal memastikan keselamatan pengguna boleh berdepan denda sehingga RM10 juta melalui tindakan mahkamah mengikut kerangka perundangan keselamatan dalam talian negara.

Dalam perkembangan sama, Fahmi meminta mangsa scam bertindak segera dengan menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997.

Katanya, tindakan pantas dalam tempoh 15 hingga 30 minit selepas kejadian amat penting bagi meningkatkan peluang pihak berkuasa menyekat transaksi dan mendapatkan semula wang mangsa.

“Jangan tunggu. Kalau sudah terkena scam, hubungi 997 secepat mungkin,” katanya.

Perluasan kempen ke kawasan luar bandar dilihat penting susulan peningkatan penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat kampung. Akses digital yang semakin meluas turut menyebabkan golongan yang sebelum ini kurang terdedah kepada ancaman siber kini menjadi sasaran penipu.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
15 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
15 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026 · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok