Fahmi Reza.
Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza, ditahan polis petang ini selepas hadir memberi keterangan di Bukit Aman berhubung siasatan terhadap hantaran di platform X yang menyentuh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Fahmi hadir bersama dua peguamnya, Rajsurian Pillai dan Yohendra Nadarajan.
Menurut Rajsurian, pihak polis turut merampas telefon bimbit Fahmi bagi tujuan siasatan.
“Kami sedang mengusahakan pembebasannya dengan jaminan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Sebelum ini, Fahmi memaklumkan dipanggil memberi keterangan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
Berdasarkan notis berkenaan, Fahmi disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 AKMM 1998.
Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, dengan laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Kelmarin, dilaporkan lebih 50 laporan polis dibuat terhadap Fahmi susulan beberapa hantaran media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan serta visual bersifat provokatif dan menghina Institusi Diraja Johor.
Antara individu yang membuat laporan ialah Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin.
Hantaran yang menjadi pertikaian itu dibuat pada 15 Disember lalu dan menyentuh persoalan mengenai tindakan Tunku Ismail, beberapa hari selepas pelancaran mata wang kripto stablecoin baharu, RMJDT, oleh sebuah syarikat yang diterajui baginda.
PDRM Johor dalam kenyataan ringkas memaklumkan kes berkenaan disiasat oleh USJT, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Suami pelakon dituduh di mahkamah tipu urusan tanah dan gelaran
Ambil tindakan tegas juga terhadap pihak bertindak ganas: Akmal Saleh
Ringgit dibuka paras RM3.92, ekonomi negara berdaya tahan
AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi
Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan