Fahmi tegur sikap dwistandard pengkritik dasar perkongsian data mudah alih: Laporan

July 30, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mempersoalkan sikap dwistandard oleh pihak yang mengkritik dasar perkongsian data mudah alih oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kritikan hebat berhubung dengan arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Jun lepas, supaya syarikat telekomunikasi menyediakan data semua panggilan telefon bimbit yang dibuat dari Januari hingga Mac.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan berkata permintaan MCMC itu bertujuan membantu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam pengumpulan data, bagaimanapun dasar itu telah menerima kecaman hebat daripada pihak yang khuatir akan isu privasi dan keselamatan data.

Beliau turut merujuk kes baru-baru ini apabila syarikat teknologi gergasi, Google, didenda sebanyak USD14 juta kerana didakwa mengumpulkan data daripada 14 juta pengguna telefon pintar di California tanpa kebenaran mereka.

“Namun, jarang sekali kita menyuarakan kebimbangan akan jenis data yang kita sendiri kerap serahkan sendiri kepada platform media sosial, enjian carian, kecerdasan buatan dan model bahasa berskala besar,” katanya ketika berucap melancarkan Persidangan dan Ekspo Ketersambungan Antarabangsa 2025 di sini hari ini.

Pada 8 Jun, Fahmi berkata permintaan MCMC untuk data panggilan telefon bimbit daripada syarikat telekomunikasi bertujuan menyokong pembentukan dasar berasaskan bukti, termasuk bagi penambahbaikan infrastruktur rangkaian.

Beliau berkata permintaan itu tidak mengandungi identiti dan maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu.

Fahmi berkata tujuan pengumpulan data itu adalah untuk menyokong statistik rasmi DOSM yang menumpukan kepada trend untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai mutu rangkaian, tahap penglibatan pengguna dan jumlah pengguna di satu-satu mukim dan daerah. – Bernama

Berita berkaitan
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
6 jam lalu· Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
January 23, 2026· Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
January 23, 2026· Isu semasa
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
January 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
6 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
January 24, 2026 · Isu semasa
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
January 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok