Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi

November 29, 2026 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi akan menyediakan laporan menyeluruh berhubung ujian sistem amaran awal MySiren, termasuk mengenal pasti kelemahan atau kawasan yang tidak menerima liputan amaran (blind spot).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, penilaian lanjut diperlukan sebelum keputusan ujian yang dijalankan hari ini dapat dimuktamadkan dan pihaknya baru memperoleh maklumat awal selepas tiga jam ujian berkenaan dilaksanakan.

“Sekarang ini baru tiga jam daripada waktu ujian itu dijalankan. Nanti saya akan sediakan Nota Jumaat Menteri untuk memaklumkan hasil daripada ujian yang dilakukan pada hari ini.

“Dalam laporan itu nanti, sudah pasti kita akan maklumkan mengenai isu-isu yang berbangkit termasuk apa yang disebut sebagai blind spot,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Bengkel Pengurusan Barangan dan Perkhidmatan Terlarang Dalam Talian anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hari ini.

Fahmi menjelaskan, kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada MySiren untuk menyampaikan maklumat kecemasan kepada orang ramai, sebaliknya turut mempunyai beberapa saluran komunikasi alternatif.

Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) misalnya mempunyai sistem siren tersendiri bagi memberi amaran kepada penduduk sekiranya berlaku ancaman berkaitan sungai.

Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menyampaikan maklumat kecemasan secara terus kepada orang awam.

Beliau turut menyebut peranan Jabatan Penerangan melalui kemudahan Info On Wheels yang menggunakan kenderaan dilengkapi sistem siar raya bagi menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat.

Katanya, pendekatan pelbagai saluran itu penting bagi memastikan maklumat kecemasan dapat disampaikan walaupun berlaku gangguan terhadap infrastruktur komunikasi.

“Sekiranya ada kawasan berpenduduk yang menghadapi masalah akibat kerosakan grid elektrik dan menara telekomunikasi tidak berfungsi, maka ada cara-cara alternatif untuk kita sampaikan maklumat ke kawasan itu,” katanya.

MySiren merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh penyampaian amaran awal kepada masyarakat bagi menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Keberkesanan sistem itu penting bagi memastikan penduduk menerima maklumat tepat pada masanya, khususnya ketika berdepan ancaman yang memerlukan tindakan segera.

Berita berkaitan
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
November 29, 2026· Isu semasa
MySiren bukan sekadar amaran banjir, boleh kesan tanah runtuh dan orang hilang
2 jam lalu· Isu semasa
Ujian Mysiren bermula, orang ramai mula terima notifikasi kecemasan
2 jam lalu· Isu semasa
Jumlah pusat NADI meningkat kepada 1,099 tahun ini
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
November 29, 2026 · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
November 29, 2026 · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
November 29, 2026 · Isu semasa
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia perlu tingkat kewaspadaan keselamatan: Anwar
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
November 29, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok