Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turun meninjau persiapan di Pusat Media. Foto Kredit: Hiekal Rosly
Tinggal beberapa hari lagi menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turun meninjau persiapan di Pusat Media yang akan menempatkan petugas tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan sepanjang sidang berlangsung pada 26 Mei nanti.

Fahmi tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Ketibaan beliau disambut Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Bernama, Azlina Aziz.
Sebagai Pengerusi dan tuan rumah ASEAN 2025, Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC bermula 26 hingga 27 Mei.
Bersempena dengan persidangan itu, dua mesyuarat peringkat tinggi turut dijadualkan berlangsung iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, yang akan menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antara rantau.
Sebagai persiapan menyambut kehadiran pegawai kanan, menteri dan ketua kerajaan ke ibu negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan beberapa latihan dan simulasi keselamatan bagi memastikan kelancaran serta tahap keselamatan sepanjang persidangan berlangsung.
Blok ASEAN terdiri daripada negara pengasas iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Anggota lain ialah Brunei, Laos, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.
Negara GCC pula merangkumi Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Oman dan Kuwait.
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum