367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam

November 27, 2026 · Isu semasa

Lebih 367,000 kandungan membabitkan penipuan dalam talian, akaun palsu dan pemalsuan imej menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau deepfake telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan digital sejak 2024.

Kementerian Komunikasi memaklumkan sebanyak 367,537 kandungan berjaya diturunkan hasil permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 15 September 2026.

Daripada jumlah itu, sebanyak 13,234 daripada 14,392 kandungan deepfake berjaya diturunkan, bersamaan 92 peratus.

Selain itu, 50,432 daripada 57,600 kandungan palsu atau 87.6 peratus turut dipadam, manakala 303,871 daripada 316,215 kandungan berunsur penipuan termasuk akaun palsu dan penyamaran berjaya diturunkan.

“Sebanyak lima permohonan penurunan kandungan berunsur penipuan kewangan telah dikemukakan kepada Pemberi Perkhidmatan Berlesen di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) dan kesemuanya telah diturunkan,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Jawapan itu diberikan bagi menjawab soalan Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) mengenai jumlah kandungan deepfake, akaun palsu dan penipuan digital yang diturunkan serta mekanisme pencegahan bagi menangani ancaman berkenaan.

Menurut kementerian, MCMC melaksanakan pemantauan proaktif terhadap penyalahgunaan media sosial selain memperkukuh kerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan agensi penguatkuasaan bagi mempercepat pengesanan serta penurunan kandungan melanggar undang-undang.

Kerajaan turut menegaskan usaha menangani kandungan memudaratkan tidak boleh bergantung kepada tindakan selepas sesuatu kes berlaku semata-mata.

Sehubungan itu, Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta 866 mula dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu bagi mewajibkan penyedia perkhidmatan berlesen melaksanakan langkah pencegahan di peringkat platform, termasuk pelabelan dan penandaan kandungan yang dijana atau dimanipulasi menggunakan AI.

Dari segi penguatkuasaan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebanyak 18 kes kandungan palsu telah didakwa di mahkamah, 32 kes dikenakan kompaun, 68 kes menerima surat amaran, manakala 30 kes masih dalam siasatan sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, kementerian memaklumkan liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Kelantan mencapai 99.88 peratus setakat 1 September lalu menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Liputan 5G di negeri itu pula mencapai 96.9 peratus menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) dan 95.3 peratus melalui U Mobile.

Sementara itu, kerja penambahbaikan capaian Internet di sepanjang lebuh raya menerusi inisiatif ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’ telah bermula pada Ogos lalu, manakala pelaksanaan di jalan utama dijadualkan bermula awal tahun depan.

MCMC turut menilai penggunaan teknologi satelit termasuk VSAT HTS dan satelit orbit rendah bumi (LEO) bagi meningkatkan capaian Internet di kawasan pedalaman.

Perkembangan itu menunjukkan cabaran keselamatan digital kini bukan sahaja melibatkan penipuan kewangan, malah penyalahgunaan teknologi AI yang semakin memudahkan penghasilan kandungan palsu dan penyamaran identiti di platform dalam talian.

Berita berkaitan
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
18 jam lalu· Isu semasa
Malaysia terus runding AS, mahu kekalkan tarif maksimum 19%: Johari
19 jam lalu· Isu semasa
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
November 27, 2026 · Isu semasa
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
20 jam lalu · Isu semasa
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
23 jam lalu · Isu semasa
99.5 peratus sekolah seluruh negara sudah diliputi rangkaian 4G
23 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan teliti had umur penggunaan platform permainan dalam talian
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok