Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin.
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin meninggal dunia hari ini, sekali gus mengundang ucapan takziah daripada pemimpin politik termasuk Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim menerusi satu hantaran di Facebook malam ini.
Sementara itu, Fahmi menerusi kenyataan media berkata, beliau turut berdukacita menerima berita pemergian bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.
Bagi pihak seluruh warga Kementerian Komunikasi, Fahmi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga serta sahabat handai Allahyarham.
“Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.
Fahmi turut mengajak orang ramai mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Untuk rekod, Zahidi pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dari 2020 hingga 2021 ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Padang Besar dan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, selain memainkan peranan dalam politik negeri Perlis.
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan