Fitnah ilmu hitam: Seorang pengguna TikTok diarah bayar Rosmah

July 8, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan seorang pemegang akaun TikTok membayar ganti rugi RM100,000 kepada Rosmah Mansor kerana memfitnah mengamalkan ilmu hitam, dua tahun lalu.

Semasa keputusan diumumkan hari ini, Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan jumlah tersebut meliputi ganti rugi am dan ganti rugi teruk dalam prosiding taksiran ganti rugi yang perlu dibayar Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, kepada isteri bekas perdana menteri itu.

Rosmah sebelum ini menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap Ku Muhammad Hilmie kerana memfitnah beliau dalam rakaman video berkenaan yang disiarkan pada 22 Mac 2023.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan ganti rugi teladan diberikan kepada Rosmah kerana plaintif gagal mengemukakan keterangan kukuh bagi menyokong dakwaannya.

Pada 28 Mei 2024, media melaporkan, Rosmah memperoleh penghakiman ingkar dari Mahkamah Tinggi selepas Ku Muhammad Hilmie gagal memasukkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman berkenaan.

Pada 19 September 2023, Rosmah menyaman pemilik akaun TikTok itu kerana membuat kenyataan dalam video yang mencemar nama baik dan reputasinya selain memberi gambaran beliau gagal mempraktikkan nilai-nilai Islam.

Dalam afidavit yang diikrarkannya bagi menyokong taksiran ganti rugi, isteri bekas Perdana Menteri menyatakan, jumlah RM1 juta itu wajar kerana kenyataan fitnah tersebut merosakkan reputasi beliau.

Rosmah memohon ganti rugi dengan mengambil kira status, latar belakang, pencapaiannya dalam masyarakat selain mempertimbang bahawa reputasi beliau sebagai figura yang dikenali serta penaung kepada beberapa badan amal di negara ini.

Afidavit yang difailkan pada 10 Oktober 2024 antara lain menyatakan, kenyataan-kenyataan fitnah yang dimuatnaik defendan menjadi bualan hangat.

“Ekoran fitnah yang dimuatnaik itu, saya mengalami gangguan emosi dan kemurungan serta hilang keyakinan diri untuk tampil di khalayak ramai kerana risau dipersoal oleh orang ramai dan kenalan-kenalan saya.

“Selain itu, saya terpaksa memberi penjelasan kepada orang ramai dan rakan-rakan bagi mengelak salah faham setiap kali pernyataan mengenai kenyataan fitnah itu diutarakan kepada saya,” katanya.

Berita berkaitan
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026· Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, prosiding kes mahkamah ditangguh
September 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok