Saman MCMC tidak jejas pelaburan Google di Malaysia: PMX

November 27, 2026 · Isu semasa

Kerajaan yakin tindakan undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Google berhubung isu kandungan dalam talian tidak akan menjejaskan pelaburan syarikat teknologi gergasi itu di Malaysia.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menghubungi Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet Inc., Ruth Porat bagi membincangkan perkara itu dan menerima jaminan Google akan memberikan kerjasama kepada kerajaan.

Menurutnya, Google sedang meneliti isu dibangkitkan dan dijangka mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Semalam saya dapat hubungi Ruth Porat sendiri dan dia menjawab akan bekerjasama menangani masalah ini (kandungan dalam talian). Jadi tidak akan menjejaskan (pelaburan Google di Malaysia) sebenarnya,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang, hari ini.

Anwar berkata, antara isu utama yang menjadi perhatian kerajaan dan MCMC ialah kegiatan perjudian dalam talian yang masih berleluasa menerusi platform digital.

Katanya, kerajaan sudah beberapa kali mengemukakan laporan kepada Google berhubung kegiatan itu, namun tindakan sewajarnya didakwa masih belum diambil walaupun aduan dibuat sejak beberapa bulan lalu.

“Kadang-kadang ada kes perjudian dalam talian. Kita lapor enam bulan pun belum ambil tindakan. Tapi saya telah sampaikan juga kepada pihak Google mengenai perkara ini.

“Saya percaya pihak Google sedang meneliti dan mengambil tindakan yang wajar,” katanya.

Rabu lalu, MCMC mengumumkan dua tindakan undang-undang terhadap Google dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan berjumlah RM600 juta.

Saman pertama membabitkan dakwaan kegagalan Google mengambil langkah sewajarnya bagi menangani kandungan memudaratkan, termasuk perjudian dalam talian dan penipuan digital.

Saman kedua pula berkaitan penerbitan semula kandungan oleh Papagomo yang didakwa melanggar undang-undang.

Bagi setiap saman, MCMC menuntut RM300 juta merangkumi RM100 juta ganti rugi am, RM100 juta ganti rugi teruk dan RM100 juta ganti rugi teladan.

Tindakan itu dilihat sebagai sebahagian usaha kerajaan memperketat kawal selia platform digital serta memastikan penyedia perkhidmatan dalam talian bertanggungjawab terhadap kandungan yang disebarkan melalui platform masing-masing.

Berita berkaitan
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
5 jam lalu· Isu semasa
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
5 jam lalu· Isu semasa
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
5 jam lalu· Isu semasa
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu cip Nvidia: Malaysia arah syarikat elak urus niaga dengan firma disekat AS
November 27, 2026 · Isu semasa
Kabinet arah pangkalan udara dikawal ketat susulan kes dadah TUDM: Fahmi
November 27, 2026 · Isu semasa
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
6 jam lalu · Isu semasa
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
24 jam lalu · Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok