Guan Eng cadang pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum

September 30, 2026 · Isu semasa

Kerajaan digesa mengecualikan pekerja asing daripada sebarang kenaikan gaji minimum yang bakal diputuskan, selain memansuhkan segera caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan itu.

Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata langkah berkenaan penting bagi melindungi kepentingan pekerja tempatan serta mengurangkan tekanan kos yang sedang dihadapi majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menurutnya, pekerja asing tidak sepatutnya menerima manfaat daripada kenaikan gaji minimum sekiranya mereka telah diambil bekerja berdasarkan kontrak dan kadar gaji yang dipersetujui antara majikan dengan pekerja.

“Lindungi PMKS dan utamakan perniagaan tempatan terlebih dulu, dengan mengecualikan pekerja asing daripada mendapat manfaat melalui sebarang kenaikan gaji minimum,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Guan Eng turut berpandangan caruman KWSP dua peratus bagi pekerja asing perlu dimansuhkan kerana langkah itu didakwa menambah kos kepada majikan tempatan, terutama PMKS, tanpa memberi manfaat besar kepada pekerja asing.

Beliau berkata, keresahan dalam kalangan peniaga tempatan semakin meningkat susulan bayangan kerajaan untuk menyemak kadar gaji minimum sektor swasta.

Katanya, PMKS kini berdepan tekanan persaingan yang sengit, termasuk pemotongan harga oleh pengeluar luar negara, selain peningkatan kos operasi, cukai dan pematuhan.

“Dalam keadaan ekonomi yang agak lembap, kerajaan diharap dapat mengadakan libat urus dengan peniaga dan PMKS yang terjejas,” katanya.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini memberi bayangan isu gaji pekerja akan menjadi antara perkara penting dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.

Anwar berkata pendekatan lebih tegas perlu diambil bagi menangani jurang antara keuntungan korporat dengan gaji pekerja, selain memastikan manfaat ekonomi diagihkan secara lebih seimbang.

Ketika ini, Perintah Gaji Minimum 2024 menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 dan mula berkuat kuasa pada Februari 2025. Kadar itu terpakai kepada semua pekerja, termasuk pekerja bukan warganegara dalam sektor swasta, kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.

Cadangan Guan Eng itu hadir ketika kerajaan dijangka menilai semula dasar berkaitan gaji dan kos penggajian menjelang Belanjawan 2027, dengan kepentingan pekerja, majikan serta daya saing perniagaan menjadi antara perkara yang mendapat perhatian.

Berita berkaitan
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
20 jam lalu· Isu semasa
Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah
21 jam lalu· Politik
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
September 24, 2026· Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
September 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi Malaysia terus kukuh, S&P kekal penarafan A-
September 30, 2026 · Isu semasa
Dr Mahathir masuk IJN untuk pemantauan: Bernama
September 30, 2026 · Isu semasa
Skandal pindah milik tanah: Bekas Pengarah Besar FELDA didakwa tipu Lembaga Pengarah
September 30, 2026 · Isu semasa
Isu pelarian Myanmar: Kerajaan mahu penyelesaian tuntas
September 30, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok