Guan Eng: Hannah Yeoh patuh titah Agong, tidak tunduk tekanan

November 20, 2026 · Politik

Lim Guan Eng tampil mempertahankan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh susulan kritikan pemimpin UMNO dan PAS berhubung pendiriannya dalam isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Najib Razak serta pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Penasihat DAP itu berkata, Hannah telah menjalankan tanggungjawab sebagai anggota kerajaan dengan mematuhi titah diraja berhubung proses pengampunan Najib, meskipun beliau sebelum itu dilaporkan membantah pelaksanaan tahanan rumah.

Menurutnya, pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan menunjukkan Hannah dan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar tidak bersetuju dengan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.

Bagaimanapun, Hannah tetap melaksanakan tanggungjawabnya selepas menerima titah Yang di-Pertuan Agong.

“Hannah telah melaksanakan tanggungjawabnya bukan sahaja sebagai pemimpin DAP, malah sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai Menteri dengan memberikan taat setia sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minit mesyuarat LPWP bertarikh 18 September lalu itu sebelum ini dikongsi bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menerusi Facebook, sekali gus mendedahkan pendirian Hannah dan Peguam Negara dalam perbincangan mengenai pengampunan Najib.

Najib menerima pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028. Beliau turut diwajibkan membayar denda RM50 juta dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, yang diselesaikan pada 6 November lalu.

Dalam perkembangan sama, Guan ENG turut mempertahankan keputusan Hannah memberikan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000 berbanding anggaran asal RM4.67 juta.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan status KLSCAH sebagai bangunan warisan yang diwartakan pada 2007 dan tidak mempunyai nilai pembangunan komersial kerana tidak boleh dibangunkan sebagai kondominium atau pusat beli-belah.

Guan Eng berkata, Hannah tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan kumpulan yang cuba menjadikan keputusan berkenaan sebagai isu perkauman.

“Rakyat Malaysia memerlukan pemimpin dan menteri yang bertindak serta melaksanakan tanggungjawab berdasarkan merit sesuatu perkara, bukannya mudah dipengaruhi sentimen berbaur hasutan dan retorik provokatif,” katanya.

Keputusan kerajaan mengurangkan premium tanah KLSCAH itu sebelum ini mengundang kritikan pemimpin UMNO dan PAS yang mempersoalkan kewajaran pemberian kadar nominal berkenaan.

Hannah ketika mengumumkan keputusan itu sempena majlis makan malam ulang tahun ke-103 KLSCAH turut memaklumkan kadar cukai tanah tahunan ditetapkan sebanyak RM3,151.

Beliau menjelaskan keputusan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memelihara warisan dan mercu tanda bersejarah di Kuala Lumpur, termasuk usaha memulihara kampung tradisi Melayu di Sungai Penchala.

Berita berkaitan
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu· Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu· Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
22 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok