Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, memberikan bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubarkan dalam masa terdekat, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh tepat pembubaran tersebut.
Hajiji secara berseloroh menyatakan para wartawan masih berpeluang untuk bercuti dalam tempoh satu hingga dua minggu sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat.
“Lama lagi bubar… boleh lagi cuti satu, dua minggu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kampus Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah di Kampung Beringgis.
Apabila ditanya sama ada pembubaran akan berlaku selepas sambutan Hari Malaysia, Hajiji sekali lagi meminta pemberita menunggu pengumuman rasmi daripadanya.
“Tunggu saja… tunggu saya panggil kamu tiga orang (pemberita) ini,” ujarnya.
Sebelum ini, Speaker DUN Sabah, Kadzim M Yahya, telah memaklumkan DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri.
Dalam majlis tersebut, Hajiji turut menyatakan bahawa pembinaan kampus ABM seluas kira-kira 13 hektar itu akan menjadi pemangkin utama dalam memperkasa golongan belia Sabah melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam sektor pembinaan.
Kemudahan berteknologi tinggi di kampus baharu itu dijangka mampu menampung sehingga 700 pelatih pada satu-satu masa, sekaligus meningkatkan kapasiti latihan belia sebanyak 73 peratus dan personel binaan sebanyak 39 peratus berbanding kemudahan kampus sementara ABM di Kayu Madang, Kota Kinabalu.
Hajiji menekankan bahawa pembinaan kampus ini selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang menitikberatkan pembangunan infrastruktur dan modal insan sebagai tonggak pertumbuhan ekonomi negeri.
Penubuhan Majlis TVET Negeri Sabah (MTS) pada Mei lalu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menyelaras lebih 160 institusi latihan TVET di Sabah agar selari dengan keperluan industri semasa.
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum