Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad
Seorang pemimpin Pemuda UMNO menegaskan parti itu tidak wajar menerima semula Hamzah Zainudin susulan rekod politik lampau yang dianggap mencetuskan ketidakpercayaan dalam kalangan ahli akar umbi.
Exco Pemuda UMNO, Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad mengimbau episod tindakan Hamzah meninggalkan UMNO pada Disember 2018 untuk menyertai Parti Bersatu berlaku ketika parti itu berada dalam keadaan lemah selepas kekalahan Pilihan Raya Umum ke-14.
Menurut beliau, penglibatan Hamzah dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) turut menimbulkan persepsi konflik politik terhadap UMNO.
Isu Pilihan Raya Negeri Sabah 2020, katanya, juga masih segar dalam ingatan ahli parti kerana ketika itu gabungan berkenaan dilihat cuba mengambil alih pengaruh politik daripada UMNO di negeri tersebut.
“Walaupun ada usaha penyatuan Melayu, menerima semula beliau hanya akan menimbulkan perpecahan lebih besar dalam parti dan menjejaskan kredibiliti UMNO di mata ahli yang masih ingat episod lama itu.
“Pengkhianat tetap pengkhianat,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.
Kenyataan itu muncul selepas Hamzah memberi bayangan kemungkinan menyertai “rumah baharu” dalam arena politik selepas pemecatannya daripada Bersatu.
Beliau bagaimanapun menjelaskan istilah tersebut tidak semestinya merujuk kepada penubuhan parti baharu, sebaliknya mungkin melibatkan penyertaan dalam parti sedia ada seperti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia, kembali ke UMNO atau menyertai PAS.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu bersikap terbuka menerima kembali mana-mana individu yang ingin kembali menyertai perjuangan parti, selari dengan gagasan penyatuan yang diketengahkan kepimpinan parti.
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi