Hanya dua minit, RM1.7 juta emas dilarikan tiga perompak di Genting: Laporan

August 17, 2026 · Isu semasa

Tiga lelaki hanya mengambil masa kira-kira dua minit untuk melarikan pelbagai barang kemas dan emas bernilai hampir RM1.7 juta dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Sky Avenue, Genting Highlands pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek menaiki sebuah kenderaan sebelum menuju ke pusat peranginan itu dan melakukan rompakan kira-kira jam 11.40 pagi.

Menurutnya, suspek dipercayai memakai topi serta pelitup muka ketika memasuki premis, selain membawa senjata berupa kapak dan kuku kambing.

“Suspek mengambil masa sekurang-kurangnya dua minit untuk melakukan rompakan sebelum kesemua mereka dikesan menuruni Genting Highlands sejurus kejadian.

“Setakat ini, barang kemas yang dilarikan dianggarkan bernilai hampir RM1.7 juta,” katanya dipetik laporan BH.

Azry berkata, polis kini giat mengesan suspek menerusi gerakan risikan dan siasatan membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Pahang serta Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bentong.

Sementara itu, sumber memaklumkan polis turut melancarkan Operasi Tutup (Op Tutup) bermula kira-kira jam 12 tengah hari bagi mengesan kenderaan dan suspek yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian.

Bagaimanapun, semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan dinaiki suspek dipercayai sudah melepasi pusat pemeriksaan sebelum Op Tutup dilaksanakan.

Rakaman CCTV kini menjadi antara petunjuk penting dalam usaha mengenal pasti pergerakan suspek serta laluan yang digunakan untuk meninggalkan kawasan Genting Highlands.

Kejadian itu turut mencetuskan perhatian selepas tiga suspek mampu melaksanakan rompakan dalam tempoh singkat sebelum melarikan diri bersama barang kemas bernilai jutaan ringgit.

Polis sedang meneruskan siasatan bagi mengenal pasti identiti kesemua suspek, termasuk meneliti rakaman CCTV dan maklumat berkaitan kenderaan yang digunakan.

Berita berkaitan
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
3 jam lalu· Isu semasa
Shuhaily didakwa esok berhubung kes di KLIA: Laporan
October 20, 2026· Isu semasa
Kes scam: Dakwa terbabit pengubahan wang haram, suri rumah rugi RM472,000
October 20, 2026· Isu semasa
Polis: Dakwaan edar dadah dekat IPD Sentul kes lama pada 2016
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026 · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
October 28, 2026 · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
October 28, 2026 · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
2 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok