Harga RON97 dan diesel turun, RON95 kekal

May 14, 2025 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM3.07 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Mei 2025.

Harga runcit diesel turut turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.77 seliter di Semenanjung manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan ia kekal pada paras RM2.15 seliter untuk tempoh yang sama.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata, penurunan harga itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

Menurut MoF, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Berita berkaitan
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
4 jam lalu· Isu semasa
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
June 23, 2026· Uncategorized
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Selat Hormuz ditutup lagi, harga minyak dunia melonjak: Laporan
June 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
3 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
4 jam lalu · Isu semasa
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
20 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
21 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok