Rasionalisasi subsidi RON95.
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.18 dan RM2.85 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Julai.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.
MOF menjelaskan, penetapan kadar itu berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia, serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOF, kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen